Search

DUA WAKTU – MustRead

RM30.00

“Dalam hidup siapa-siapa pun pernah buat silap. Dan ibu sendiri pernah beritahu saya yang kita banyak belajar sesuatu dari kesilapan yang pernah kita lakukan. Juga dari kesilapan orang lain. Maka, saya fikir Pak Dolah tentu sudah menginsafi kesilapannya dulu.”

 

Kudin dan Wafiq-dua sahabat yang disatukan oleh minat dan cita-cita yang sama: mahu mengubah dunia media dengan suara mereka. Dari bangku universiti ke bilik produksi, mereka mengejar impian menerbitkan rancangan bual bicara mereka sendiri, Dr. Cinta.

Namun, ketika kisah pertama rancangan itu membawa Kudin kembali ke kampung halamannya di Kota Bharu, bagi memperbetul semula masa silam yang kelam. Kisah Pak Dolah, Shamsul, fitnah ke atas ibu Kudin dan kematian ayah Kudin—Tengku Amran—mula terbongkar satu per satu. Tragedi lama yang mengandungi dendam, fitnah dan pengorbanan menuntut Kudin untuk memilih: impiannya atau keselamatan orang-orang yang disayanginya.

Dalam dunia di mana kamera merakam kebenaran dan juga kepalsuan, mampukah Kudin mempertahankan apa yang benar? Dan adakah masa lalu mampu dimaafkan sebelum masa depan musnah sama sekali?

Dua Waktu adalah kisah tentang persahabatan, dendam dan keberanian untuk memaafkan ketika masa lalu dan masa depan bertembung dalam satu pilihan yang tak mudah.

5 in stock

Additional information

Weight 0.3 kg
Dimensions 13 × 3 × 19 cm
Berat

0.3

Format

soft cover

ISBN

9789670078861

Jumlah Halaman

416

Penerbit

MUST READ SDN. BHD.

Penulis

Jemi Azmi

Tahun Terbitan

2025