Search

DUKUN IBLIS – Karya Publika

RM27.90

MISTERI PEREMPUAN-LYLA
…kali ketiga buka pintu ada seorang perempuan. Pakaian serba hitam. Selendang pun hitam.
Wajah tak nampak sebab tertutup rambut dan tunduk. Dah tu bau kemenyan kuat sangat.”- Arni
Perempuan serba hitam? Dia yang ketuk pintu ke?” Spontan benak Hanim tersorot kepada
perempuan berkerudung hitam di tempat letak kereta dan tiba-tiba muncul di belakang
keretanya. – Hanim

PEMBASMI DUKUN – LYLA
“Hal ni yang aku nak cakap pada kau tadi. Pak Cik Masinin tu bahkan bukan saja berlagak jadi ustaz
jadian-jadian. Tapi uskun.” – Uzair

Uskun? Ustaz Dukun maksud kau? Kau biar betul ni?” – Lukman

SILUMAN-ZAIFU ZAMAN AHMAD
Demi untuk memenuhi slot di dalam channel kepunyaannya Razman telah mendatangi
sebuah perkampungan yang terletak jauh di pendalaman untuk membongkar misteri kehilangan
orang-orang luar yang pernah berkunjung di situ. Razman bertekad untuk membongkar segala
teka-teki yang masih lagi belum berjawab. Apakah anak muda itu akan berjaya?

PULANGKAN-ZAIFU ZAMAN AHMAD
Berlaku kejadian aneh dan menakutkan di sebuah muzium. Seorang wartawan dari England
cuba untuk membantu Rusdi menyelongkar akan kematian aneh tersebut. Apakah misteri
kematian itu mampu diselesaikan?

“Saya dapat tahu bahawa kamu akan buat pameran tentang keranda yang mengandungi
bangkai haiwan bukan? Benar begitu?” Soalan dari Rusdi dijawab dengan soalan pula. Talian
menjadi hening buat seketika.

“Ada masalah ke?” Suara Rusdi kedengaran lagi. Bingung.

Ya… sememangnya kamu ada masalah. Masalah besar,” kata-kata itu bagaikan ancaman pada
Rusdi.

GIMBARAN ATUK AKU- JANNE AIN
Tok Mading adalah seorang lelaki tua, datuk saudara kepada Jack. Menurut cerita dari
sanak-saudara yang didengar oleh Jack, datuk saudara mereka ini adalah seorang dukun yang ada
membela gimbaran atau pendamping. Mempunyai gimbaran atau tidak, Jack tidak peduli kerana
yang lebih penting ialah dia agak rapat dengan Tok Mading sehingga mahu menjadi pewaris
kepada gimbaran datuknya itu. Namun sesuatu telah terjadi sehingga melumpuhkan semangat
Jack untuk terus menjadi pewaris kepada gimbaran datuknya.

Apakah sebenarnya yang terjadi kepada Jack sehingga dia kelihatan begitu takut sekali dan terus
menolak untuk menjadi pewaris kepada gimbaran datuknya yang dulu amat diimpikan oleh Jack?

KAKAKKU SEORANG DUKUN-JANNE AIN
Nissa yang mengetahui sesuatu tentang Kak Liah terus pulang ke kampung kerana tidak
mahu bersubahat dengan kakak keduanya itu. Apabila ditanya oleh Kak Sue yang merupakan
kakak sulungnya, Nissa hanya memberi alasan yang mereka bergaduh gara-gara status Nissa di
laman muka buku.

Jauh di sudut hati Nissa, dia mengetahui bahawa Kak Liah telah melakukan sesuatu yang buruk
kepada bekas suaminya dan mungkin juga kepada Nissa sendiri kerana Nissa mengalami sesuatu
yang langsung tidak pernah diduga. Apakah rahsia yang diketahui Nissa tentang Kak Liah sehingga
membawa dia pulang ke kampung dari terus menetap di rumah Kak Liah.

5 in stock

Additional information

Weight 0.35 kg
Dimensions 14 × 4 × 22 cm
Berat

0.35

Format

soft cover

ISBN

9789672394242

Penerbit

Karya Publika

Penulis

Janne Ain, Lyla, Zaifu Zaman Ahmad

Tahun Terbitan

2022