Search

EMPAYAR 3 – Iman Publication

RM30.00

Saka raja yang diwarisi telah memberi
kesaktian luar biasa kepada Sang Putera.
Jijik dengan amalan syirik jurai
keturunannya itu untuk kekal berkuasa,
Putera Aradhana Sastra, pewaris tunggal
Kesultanan Aradhanapura melarikan diri
untuk menjadi rakyat biasa. Dengan
harapan, hidupnya akan lebih tenteram.
Namun, kemunculan suatu makhluk dari
gua yang tahu asal usul Sang Putera
menggugat rencananya.
راضاتافور
“Aku sudah tidak tahan hidup melarikan diri seperti ini! Sedalam mana aku
menyembunyikan diri, ada sahaja yang kenal siapa diriku!”
Sang Putera kini menjadi buruan ramai atas tuduhan mengamalkan ilmu
hitam. Pada masa yang sama, Kesultanan Aradhanapura goyah akibat
ketiadaan pemerintah. Rakyat pula kian tertindas dengan percaturan puak yang
mabuk kuasa.
Kezaliman membanjiri tanah keramat. Putera Aradhana Sastra merasakan
kewujudan diri dan jurai keturunannya hanya membawa malang kepada
kepulauan Nusantara.
“… hanya darah jurai Aradhana sahaja yang dapat membela kepulauan ini!”
Sang Putera enggan terus dibelenggu saka warisan. Namun, perit untuk
diabaikan sahaja tanah air dan rakyatnya. Mampukah Sang Putera akhirnya
berdepan dengan hakikat keturunannya sendiri?

Out of stock

Additional information

Weight 0.35 kg
Dimensions 15 × 3 × 22 cm
Berat

0.35

Format

Paperback, soft cover

ISBN

9789672459415

Jumlah Halaman

488

Penerbit

IMAN PUBLICATION

Penulis

Teme Abdullah

Tahun Terbitan

2022