Search

EPISOD DUNIA ISLAM – Permata Ummah

RM90.00

Dunia Islam senantiasa menjadi idaman kuasa-kuasa besar dunia kerana
mempunyai kelebihan mahupun keistimewaan yang tidak ternilai
berbanding dunia lain, sama ada lokasinya yang strategik ataupun
kekayaan hasil buminya yang begitu banyak dan tidak ternilai harganya.
Kedinamikan politik dunia meletakkan Dunia Islam di persimpangan
mahupun peralihan peradaban dan ketamadunan dunia.

Hari ini, kita menyaksikan Dunia Islam sedang mengalami fasa
kemundurannya. Ia masih lagi diselubungi dengan pelbagai konflik,
sama ada yang dicipta oleh musuh-musuh Islam ataupun disebabkan
kelemahan yang
yang ada dalam diri mereka sendiri yang tidak
berkesudahan.

Sudah sampai masanya Dunia Islam mengorak langkah dengan lebih
jauh untuk mencorakkan masa depan dunia antarabangsa. Dengan
segala kelebihan yang dikurniakan Allah SWT, sepatutnya Dunia Islam
mampu bersinar kembali dan menjadi peneraju dunia.

Saat ini ialah masanya untuk umat dan Dunia Islam memperbetul
keadaan serta menguatkan lagi perpaduan demi kelangsungan Islam.
Sampai bilakah kita mahu terus diperdaya dan dimainkan? Sebelum
terlambat, kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar kerana hanya
Islam mampu menyatukan umat dan Dunia Islam.

4 in stock

Additional information

Weight 0.45 kg
Dimensions 17 × 5 × 25 cm
Berat

0.45

Format

soft cover

ISBN

9789672739395

Jumlah Halaman

696

Penerbit

PERMATA UMMAH

Penulis

Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi

Tahun Terbitan

2024