RM26.00
Buku FIQH WANITA yang berada di tangan para pembaca ini memuatkan dan
menghuraikan hukum-hukum yang berkaitan dengan wanita dalam toharah, wanita
dalam solat, wanita dalam zakat, wanita dalam puasa, wanita dalam haji dan sebagainya.
Justeru kandungan buku ini hanya memfokuskan kepada hukum-hukum yang berkaitan
dengan wanita sahaja, memfokuskan kepada penghuraian dan penjelasan; misalnya dalam
bab solat yang menyebut tentang cara melakukan solat mulai dari niat, takbir sehingga salam
termasuk juga doa-doa yang dibacakan dalam solat dan sebagainya. Pastinya dalam
menjelaskan hukum-hukum yang dibincangkan di dalam buku ini disertakan bersama
pelbagai pendapat mazhab yang berbeza. Namun dalam memaparkan pandangan
mazhab, buku ini bukan bersifat untuk menonjolkan satu mazhab sahaja dan
merendahkan mazhab yang lain tetapi sekadar perbandingan antara pandangan mereka
dan pilihan pendapat hanya ditentukan oleh para pembaca sendiri.
9 in stock
| Weight | 0.35 kg |
|---|---|
| Dimensions | 16 × 3 × 24 cm |
| Berat | 0.35 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789833204342 |
| Penerbit | Pustaka Al-Ehsan |
| Jumlah Halaman | 356 |
| Penulis | Muhammad Athiyah Khumais |
| Tahun Terbitan | 2024 |