Menulis riwayat hidup Almarhum Syeikh Abdul Karim Amirullah atau Dr. H.A.K. Amrullah,
sama ertinya dengan menulis bagaimana pembangunan agama Islam di Minangkabau,
negeri yang dikenali kerana sulitnya lantaran pembangunan agamanya dan kekerasan
adatnya.
Cuma saya harus menjaga satu perkara yang amat penting, iaitu kecintaan anak kepada
ayah, sekali-sekali jangan hendaknya saya lupa akan keadilannya, sehingga saya menulis
tentang kebaikannya dengan berlebih-lebihan. -HAMKA