Search

HARI-HARI AKHIR ISRAEL DI BUMI PALESTIN – Faqih Synergiz

RM40.00

Karya ini menganalisis:
Faktor-faktor baru yang muncul pasca konflik terkini Palestin-Israel sejak 7 Oktober 2023 yang memberi petunjuk kepada kemerosotan drastik pengaruh dan kekuasaan Israel di Timur Tengah.

Ia termasuk:
Krisis politil terburuk dalam sejarah yang memecah belahkan Israel, kesatuan fraksi-fraksi politik Palestin, berakhirya permusuhan kuasa-kuasa serantau kalangan negara-negara di Asia Barat, kemunculan aktor-aktor baru seperti Houthi yang menguasai pintu masuk ke Laut Merah dan berkembangnya China yang menjadi rakan dagang utama kepada hampir semua negara-negara Arab telah mempengaruhi kemerosotan pengaruh Amerika Syarikat di Asia Barat yang menjadi tempat bergantung Israel selama ini.

Manakala perjuangan pembebasan Palestin yang sebelum ini hanya dipelopori oleh negara-negara Islam telah beralih ke Afrika, Australia, Amerika, Eropah. Kesemua ini merupakan faktor-faktor baru yang memberi petunjuk bahawa jalan-jalan menuju kemerdekaan Palestin semakin terbuka luas dan hari-hari akhir penjajahan Israel di bumi Palestin sedang menjelma.

1 in stock

Additional information

Weight 0.3 kg
Dimensions 15 × 3 × 24 cm
Berat

0.3

Format

soft cover

ISBN

9786299887744

Penerbit

FAQIH SYNERGIZ

Penulis

Mohd Nasaie Ismail

Tahun Terbitan

2024