Search

HIJAB KASIH KITA – Kaseh Aries

RM35.00

Aisyah mungkin nampak seperti gadis biasa, namun hakikatnya dia
terlalu istimewa. Malah dia punyai ‘penjaga’ yang tak telus mata
sentiasa ada di sisi. Tanpa dia ketahui, ada hati yang mencintai walau
tak pernah bertemu mata.

“Gadis yang sering mengganggu tidur aku selama ni
benar-benar wujud. Aku tak bermimpi.” – ZULHAZMI

Maka bermulalah misi sang jejaka cuba memenangi hati si gadis.
Jelas bukan mudah untuk menawan hati seorang Aisyah. Gadis yang
berjiwa bebas tetapi penuh rahsia.

“Huh! Awak cakap macamlah awak dah lama sangat kenal saya.”
– AISYAH

“Tak kenal, maka tak cinta. Belum cuba, belum tahu.” – ZULHAZMI

Namun jodoh itu rahsia Tuhan. Mereka ‘terpaksa’ disatukan demi
maruah. Perlahan-lahan keikhlasan Zulhazmi menambat hati Aisyah.

“Kenapa pandang saya macam tu?” – AISYAH

“Saya cintakan awak, Eisya.” – ZULHAZMI

Sehinggalah kehadiran Dewata merungkai semua misteri rahsia
sebenar siapa Aisyah. Malah turut melibatkan nyawa Aisyah dan
Zulhazmi. Apatah lagi pasangan itu perlu berpisah demi
menyelamatkan nyawa yang tersayang.

“Maaf kerana kecewakan Tuan Puteri. Tak sangka, sayang betul Puteri
dengan suami manusia Puteri tu.” – DEWATA

“Jangan haraplah! Aku takkan benarkan. Langkah mayat aku dulu!”
– ZULHAZMI

Siapa Aisyah sebenarnya? Adakah Aisyah mampu membongkar rahsia
keanehan pada dirinya sendiri? Berjayakan Zulhazmi membawa
permaisurinya keluar dari bahaya?

Out of stock

Additional information

Weight 0.35 kg
Dimensions 15 × 5 × 22 cm
Berat

0.35

Format

soft cover

ISBN

9786297509006

Jumlah Halaman

615

Penerbit

Kaseh Aries

Penulis

Royal Keoss

Tahun Terbitan

2022