Search

HIKAYAT NABI YUSUF – Biblio Press

RM25.00

Manuskrip asal Hikayat Nabi Allah Yusuf ini ditulis oleh Muhammad Labai/Lebai di Perlis pada 1802. la kini disimpan di British Library, London.

Kisah Nabi Yusuf a.s. memang masyhur seperti yang didapati dalam Al-Quran dan kitab-kitab Do Kristian dan Yahudi. Selain itu, hikayat ini juga kelihatannya cuba menyesuaikan latar kisah dengan suasana tempatan seperti nasi sebagai makanan dan harimau ganti serigala.

Eloklah difahami tentang hikayat itu sendiri dalam tradisi bangsa Melayu umumnya. Hikayat berasal daripada bahasa Arab bermaksud cerita. Kerana itu kita dapati sesebuah hikayat biasanya dimulai dengan kata, “Konon, “Kata sahibul hikayat “dikonon orang” dan yang sejenisnya. Ini perlu dijelaskan agar tidak ada yang menerima bulat-bulat dan tidak juga menolak mentah-mentah. Kebiasaan hikayat memang bercampur aduk antara kisah yang benar dan rekaan.

Additional information

Weight 0.25 kg
Dimensions 13 × 2 × 21 cm
Berat

0.25

Format

soft cover

ISBN

9789670040080

Jumlah Halaman

127

Penerbit

Biblio Press

Penulis

Arsyad Mokhtar

Tahun Terbitan

2022