Search

HIKAYAT SERIBU BHYANGKARA – Must Read

RM30.00

…ia hikayat yang akan kalian corakkan sendiri jalan ceritanya sedangkan aku hanya sang penglipur lara tua yang berhikayat tentang sebuah perjuangan dan pengorbanan…

Hatinya pecah, berbolak-balik dengan kedukaan apabila Kaiiara seorang atlet muda yang sangat cemerlang mendadak hilang pedoman apabila terlibat dalam kemalangan dan mengorbankan seluruh ahli keluarganya. Dalam keadaan demikian, pada suatu hari, dia terjatuh ke dalam sungai. Namun, seperti diberikan peluang kedua sebaik sahaja dia tersedar – dia sudah berada dalam satu dunia yang sangat asing; di sebuah kerajaan bernama Darmenta.

Pertelingkahan, perebutan takhta dan huru-hara Kerajaan Darmenta meresapi pengembaraan Kaiiara untuk pulang ke dunia asal. Tetapi dia terheret dalam permainan dendam suku Marais, iaitu sang kaum penerawang bintang yang menganggap Kaiiara sebagai kiriman ketua agung mereka yang ditunggu selama ini. Kemelut berpanjangan tanpa penghujung. Apakah Kaiiara akan keluar daripada belenggu misteri ini?

Out of stock

Additional information

Weight 0.3 kg
Dimensions 14 × 3 × 21 cm
Berat

0.3

Format

soft cover

ISBN

9789670078502

Jumlah Halaman

504

Penerbit

MUST READ SDN. BHD.

Penulis

Mastura Jalil

Tahun Terbitan

2025