Search

HURAIAN RISALAH AL-BAJURI – Syariah Darul Fitri

RM17.00

Risalah Al-Bajuri adalah kitab asas untuk memahami Sifat 20
dan sifat-sifat para Rasul. la ditulis oleh Syeikhul Azhar Imam
Al-Bajuri bagi menyenaraikan aqidah yang asas dan wajib
dipelajari bagi setiap muslim. Perbahasannya ringkas dan
mudah difahami, oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk
menerangkan asas aqidah kepada penuntut yang mula-mula
nak berjinak dengan pengajian ini.
Namun, buku yang ada pada tangan pembaca ini diperkayakan
lagi dengan pelbagai perbahasan ilmu tauhid yang sangat
menarik untuk kita telusuri. Hal ini kerana Maulana Ihsan
menghuraikan risalah ini berdasarkan pelbagai rujukan kitab
aqidah yang muktabar. Oleh itu tidak hairan sekiranya kita
akan menjumpai pelbagai permata dan mutiara yang indah
dalam ilmu aqidah yang mungkin sukar untuk kita cari sendiri
di lautan kitab-kitab yang tebal.
Keistimewaan buku ini juga adalah dapat membantu para
penuntut untuk memahami sifat 20 dengan mudah kerana
Maulana Ihsan telah memudahkan gaya bahasa dalam
menerangkan satu persatu sifat Allah dan sifat para Rasul.
Justeru, tidak dapat dinafikan lagi buku ini amat sesuai untuk
para ustaz gunakan sebagai silibus untuk mengajar di surau
dan masjid seluruh Malaysia.

1 in stock

Additional information

Weight 0.3 kg
Dimensions 15 × 3 × 20 cm
Berat

0.3

Format

soft cover

ISBN

9786299752073

Jumlah Halaman

108

Penerbit

PUSAT KAJIAN SYARIAH DARUL FITRI

Penulis

Al-Allamah Syeikh Ibrahim Ibn Muhammad Al-Bajuri Al-Azhariy, Maulana Ihsan Abu Bakar

Tahun Terbitan

2023