Search

IMPIAN JALANAN – Iman Publication

RM33.00

Orang kata melukis tak boleh jadi kaya.
Tak boleh jadi jutawan.

Tak apa. Biar aku cuba.

Hey korang… It”s me, Teme Abdullah.

Macam ni;

Hari tu aku terbaca satu kenyataan di media sosial. Kenyataan tu berbunyi, ‘melukis memang tak boleh buat duit’, ‘jadi artis ni tak ada masa depan’, ‘siapa yang ada cita-cita nak jadi pelukis tu batalkanlah niat’, melukis ni tak ke mana’.

Selepas baca kenyataan tu;

Aku rasa semacam. Aku tak setuju. Aku tak suka. Aku kurang gemar kalau ada orang yang melemahkan semangat orang lain. So, aku terlintas untuk ceritakan sesuatu pada korang.

Banyak part dalam cerita ini yang sepatutnya aku rahsiakan. Meman dari dulu aku rancang untuk biar ia kekal rahsia. But who cares. Aku buat peraturan tu, so, aku sendiri boleh batalkan. Hahaha.

May I proceed?

Cerita ni pasal seorang budak hingusan yang aku saaangat kenal. Budak kecik ni saaangat minat melukis. Dan dia saaaaangat suka berangan. Dan dalam cerita ni, akan aku tambahkan banyak penyedap rasa untuk jadikan ia menarik. So, ia bukanlah 100% kisah benar, ok? Tapi aku tak nak guna nama sebenar budak tu dalam cerita ni. Boleh? Thanks.

Ok, untuk mudahkan cerita, kita beri dia nama secara rawak. Iskandar? Ok, kita panggil dia Iskandar, a common name.

Bismillah…

Out of stock

Additional information

Weight 0.35 kg
Dimensions 15 × 4 × 22 cm
Berat

0.35

Format

Paperback, soft cover

ISBN

9789832423553

Jumlah Halaman

347

Penerbit

IMAN PUBLICATION

Penulis

Teme Abdullah

Tahun Terbitan

2018