Search

JANGAN SEBUT… SUHAILA – Buku Prima

RM35.00

Di Kampung Cempaka Layu, dua peraturan pelik menjadi hukum tidak bertulis sejak peristiwa hitam menghantui tanahnya. Tiada siapa berani melanggar, sehinggalah tibanya Yusuf, guru muda yang baru dipindahkan ke situ. Baginya, semua itu karut.

Tetapi, satu malam mengubah segalanya. Yusuf menyaksikan pembunuhan ngeri. Mayat tanpa wajah, mata yang tersembul dan hanyir darah yang menusuk. Sejak detik itu, dia dihantui oleh bayangan yang tidak terjelaskan.

Namun, rasa takut berubah menjadi nekad. Dia mahu mencari kebenaran.

Semakin Yusuf menggali, semakin dia menyedari … bukan hanya dia yang mengejar jawapan, sebaliknya dia diburu oleh sesuatu yang tidak patut wujud.

Sesuatu yang lebih tua daripada sejarah.
Sesuatu yang lebih gelap daripada malam.

Dan dia sudah terlalu jauh untuk berpatah balik.

5 in stock

Additional information

Weight 0.3 kg
Dimensions 13 × 4 × 19 cm
Berat

0.3

Format

soft cover

ISBN

9786297772394

Jumlah Halaman

482

Penerbit

BUKU PRIMA

Penulis

Saiful Amin

Tahun Terbitan

2025