Buku ini bukan sekadar coretan kerinduan seorang ayah dalam menghadapi realiti
pemergian dua orang anak yang masih kecil, tetapi juga pedoman yang dibina atas
dalil al-Quran dan al-Sunnah sebagai pengubat duka dan penyembuh jiwa.
Naskhah ini bukan hanya untuk kalian yang pernah kehilangan, bahkan untuk semua ibu
ayah – sebagai peringatan bahawa setiap anak adalah amanah, dan dalam setiap ujian,
pasti mengandungi rahmat. Jangan dibiarkan diri kalian terus menangis sendiri.