Search

JANJI PADA LANGIT – HoneyMontale Pub

RM29.00

Panji Jauhari, Mutiara Nilam dan nenek, hidup serba
kekurangan tetapi sangat bahagia.

Panji berjanji akan menjaga Mutiara dan nenek sepanjang
hayatnya manakala Mutiara berjanji akan selalu percayakan
Panji. Tetapi semuanya berubah apabila nenek meninggal dunia.

Panji mengajak Mutiara berkahwin supaya dia dapat terus
menjaga Mutiara. Mutiara menolak dan memilih Haris,
teman sekuliahnya. Panji membawa diri jauh ke Miri.
Mereka terputus hubungan terus.

17 tahun berlalu, Mutiara dan Haris bercerai. Dia kembali
bekerja. Di situlah dia bertemu Muhammad Edmund Goh
yang juga pernah melalui episod perceraian dalam hidupnya.
Mereka menjadi rapat disebabkan hal itu.

Dalam diam, cinta mulai berputik. Edmund juga berusaha
kembali menyatukan Mutiara dan Panji. Banyak insiden
berlaku. Tiba-tiba Azrai muncul jadi batu penghalang.
Naim, pembantu kesayangan Edmund, berusaha menyatukan
Edmund dan Mutiara kerana itulah kali pertama dia melihat
Edmund kembali membuka hati untuk perempuan selepas
11 tahun menduda.

“I have nothing to offer”- Mutiara

“Manusia cuma percaya apa yang dia nak percaya, dengar apa
yang dia nak dengar. Dan cakap apa yang dia nak cakap.
Saya tak berhutang penjelasan dengan sesiapa
kecuali Tuhan.” Edmund Goh

“Aku sayangkan Mutiara. Tapi kalau perkahwinan ni diteruskan,
kami semua termasuk Mutiara akan ke neraka. Kau ingat aku
tak ada impian nak masuk syurga?” – Haris Kamal

“Kasut yang letaknya di kaki dan dipijak-pijak orang pun ada
pasangan. Bos muka handsome, poket tebal pun masih
terkontang-kanting sorang-sorang.
Membazir betul!” Naim Nidal.

Out of stock

Additional information

Weight 0.35 kg
Dimensions 15 × 4 × 22 cm
Berat

0.35

Format

soft cover

ISBN

9789671634042

Jumlah Halaman

342

Penerbit

HONEYMONTALE

Penulis

Hananee Amir

Tahun Terbitan

2022