Search

JEDA JIWA – MustRead

RM30.00

Orang lain laju, Arqam. Kalau lambat, nanti tinggal belakang.” —Encik Mazlan

Tapi kau ingat, Arqam… tak semua orang akan tunggu kau. Kadang-kadang, kau lambat sikit aje… orang dan pilih orang lain.” —Hakimi

Dari luar, Ahmad Shahrul Arqam nampak sempurna.

Dia, pelajar tahun akhir pergigian menahan tekanan yang datang dari klinik, dari harapan keluarga, dari sistem yang menghukum lebih daripada menyembuh. Dalam senyap, dia semakin tenggelam dalam keletihan – bukan keletihan fizikal, tapi keletihan jiwa yang tidak lagi tahu bagaimana mahu merasa ‘hidup’. Dan, dia ditekan oleh keinginan abahnya, Encik Mazlan dan ketaasuban rakan sekubikelnya, Hakimi bagi mengejar kesempurnaan.

Dan dalam kelelahan mengejar impian yang jauh, hadir dua insan yang menyelamatkan dirinya agar tidak terus jauh menghilang dari kehidupan seorang diri.

Haikal. Pesakit walk-in Arqam yang rupa-rupanya pelajar perubatan. Ceria dan bersahaja, tapi menyimpan kemurungan yang dalam. Dia membuka minda Arqam agar tidak perlu berhempas-pulas seorang diri.

Ameera Azwa. Pembantu kaunter separuh masa yang cuba memperlahankan hidup sendiri. Dalam mencari erti kehidupan, takdir menemukannya dengan Arqam dan akhirnya meletakkan mereka berdua dalam garis masa yang sama.

Jeda Jiwa bukan kisah cinta. Ini kisah tentang keletihan yang kita pendam kerana tak mahu menyusahkan sesiapa. Tentang keheningan yang perlahan-lahan membunuh dari dalam.

9 in stock

Additional information

Weight 0.3 kg
Dimensions 13 × 3 × 19 cm
Berat

0.3

Format

soft cover

ISBN

9789670078939

Jumlah Halaman

416

Penerbit

MUST READ SDN. BHD.

Penulis

Yaya Samad

Tahun Terbitan

2025