RM35.00
Dendam…
Jesnita terperangkap dengan permainan bahaya kerana dendam lama yang dibawa
semenjak zaman kolej. Wanita sepertinya tidak merasai cinta yang sebenar
melainkan lelaki sekadar satu kesempatan untuknya sehinggalah muncul seorang
lelaki bernama Rafael yang telah berjaya mengetuk pintu ketenangan dirinya.
Gold digger!
“Tak ada orang akan datang dan meminta untuk berkahwin macam tu saja.
Apatah lagi semua orang cakap I ni jahat.”- Jesnita
Rafael, lelaki tampan sarat agenda dengan senyum santai. Luaran tampak tidak
berkocak hatinya dengan kejelitaan dan keselambaan yang dimiliki oleh Jesnita.
Misi utamanya adalah untuk menjatuhkan si gold digger dan mendapatkan kuasa
dalam Temenggung Emas. Lalu dia merampas Jesnita daripada Zaid!
“First, you have to marry me. Saham tu belum jadi milik you selagi you tak
kahwin dengan I.” – Rafael
“I perempuan yang tak mudah cair, Rafael. I perempuan yang orang sebut
sebagai… manipulator.” – Jesnita
Rafael berjaya memerangkap Jesnita dalam perkahwinan yang bertujuan untuk
mengenakan wanita itu. Sayangnya setelah berkahwin, Rafael menyedari begitu
banyak rahsia tentang Jesnita yang tidak dapat diselaminya. Wanita itu berbeza
daripada watak bimbo yang didengarinya selama ini. Juga rahsia tentang Zainal,
Datin Syafinaz… Temenggung Emas dan tentang segalanya!
Play a stupid game, and win a stupid prize…
Mereka berdua terjebak oleh permainan yang sungguh bahaya. Rafael
terperangkap dengan kenyataan, bukan Jesnita yang membunuh Zainal selama
ini. Jadi, siapakah pembunuh Zainal sebenarnya?
Jesnita dan Rafael… mereka berdua bertemu cinta hasil daripada dendam dan
agenda. Cinta hadir dalam keadaan tidak disangka. Tidak mudah untuk mereka
bersatu jika tiada rasa percaya antara mereka.
“I just want my life back. He’s my life.”-Jesnita
Dugaan mereka berdua besar. Namun mereka berpegang erat antara satu sama
lain untuk melepasi setiap dugaan itu. Sekali hati merasakan cinta, mereka tidak
ingin melepaskan diri daripadanya!
Out of stock
Weight | 0.4 kg |
---|---|
Dimensions | 13 × 4 × 20 cm |
Berat | 0.4 |
Format | soft cover |
ISBN | 9789672467939 |
Jumlah Halaman | 621 |
Penerbit | Love Novel |
Penulis | Fazlyn Ridz |
Tahun Terbitan | 2022 |