Search

JOM MASUK TVET – Faizul Zubairi

RM26.00

Melalui penyertaan kita dalam TVET, bukan sahaja tenaga kerja mahir tempatan dalam pelbagai bidang di negara ini dapat dilahirkan, malahan turut menyediakan diri kita untuk pasaran kerja dalam bidang kemahiran yang semakin mendapat ‘perhatian’ industri ketika ini. Inilah hakikatnya. TVET telah menjadi semakin penting selari dengan kehendak industri yang semakin meningkat di Malaysia. Justeru, kita perlu menyahut cabaran ini dengan menyertai TVET untuk terus maju, kekal relevan dan bersaing di masa hadapan.

Sedarilah, peluang untuk kita menyertai TVET cukup terbuka luas di negara ini dan pelbagai kepentingan TVET yang boleh diterokai dan direbut peluangnya. Jangan sekadar menerima sahaja keadaan sedia ada keluarga kita dan menidakkan diri kita peluang untuk menyertai TVET. Walaupun keluarga kita berhadapan dengan pelbagai masalah ekonomi serta terkesan dengan peningkatan kos sara hidup, jangan jadikan kekangan tersebut sebagai alasan untuk kita berkompromi dalam soal membina ‘perisai’ kehidupan masa hadapan. Jangan meletakkan ‘had’ dan ‘pemisah’ difikiran yang menghalang kita. Ayuh, bulatkan tekad kita, pilihlah untuk menyertai TVET. Rencanakanlah masa hadapan kita melaluinya. Pasti ada ganjaran yang sedang menanti.

Additional information

Weight 0.3 kg
Dimensions 16 × 2 × 24 cm
Berat

0.3

Format

soft cover

ISBN

9789671842966

Jumlah Halaman

146

Penerbit

Faizul Zubairi

Penulis

Faizul Zubairi

Tahun Terbitan

2024