Kamus AL-AZHAR telah disusun bagi memudahkan
pelajar dalam membuat rujukan dan menambahkan
pengetahuan. Proses penyusunan kamus ini memerlukan
pengalaman, kegigihan dan kepakaran dalam tiga bidang
bahasa tersebut. Selain itu, usaha dan semangat ke arah
penyusunan kamus ini timbul kerana kami melihat betapa
pentingnya ketiga-tiga bahasa ini. Dengan adanya kamus
ini, Bahasa Melayu dan Bahasa Arab dapat dimartabatkan
di mata dunia.