RM35.00
Saya tersenyum sendirian melihat foto terakam di KPJ Selangor
setelah dua hari bersama mereka. Subhanallah, begitu pantas fizikal
saya bertukar daripada berisi menjadi kurus kering. Itulah kesan
daripada air dikeluarkan dari badan bagi mengurangkan risiko air
memasuki paru-paru. Banyak lagi kesan sampingan lain yang perlu
dijaga apabila buah pinggang tidak berfungsi sepenuhnya.
Kemudian, saya melihat foto yang diambil
beberapa tahun lepas ketika tubuh sihat
sejahtera. Perbezaannya sangat ketara.
Tubuh sakit wajah kelihatan lemah sekali.
Tubuh sihat wajah tersenyum girang. Namun
kedua-duanya perlu disyukuri kerana ia
mengandungi seribu makna yang perlu
ditafsir dengan mata hati.
KARYA TERAKHIR
Membicarakan usia berbaki yang semakin suntuk. Ia satu ingatan
untuk difikirkan sama ada ketika sihat atau sakit. Alasannya mudah,
kematian muncul tanpa diduga. Tidak lambat dan cepat sesaat.
Beringatlah, agar kaki dapat melangkah masuk ke jannah bersama
orang tersayang.
Ingat… sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin,
lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati!
3 in stock
| Weight | 0.4 kg |
|---|---|
| Dimensions | 15 × 5 × 24 cm |
| Berat | 0.4 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789830979502 |
| Jumlah Halaman | 302 |
| Penerbit | Galeri Ilmu |
| Penulis | Muhd Kamil Ibrahim |
| Tahun Terbitan | 2022 |