RM20.00
BUKU TIDAK DALAM KEADAAN BARU
Barangkali tidaklah keterlaluan jika disarankan bahawa
itulah di antara kalimah-kalimah yang dikira bermakna
lagi wajar diamalkan.
Meskipun buku ini ditulis berlatarbelakangkan suasana yang
agak berbeza dengan situasi dan hal keadaan setempat di mana
anda berada, manakala misalan serta contoh yang
diketengahkannya itu pula agak asing bagi anda, hakikatnya ialah
bahawa inti pati atau substans buku ini, jika dilihat dari segi yang
positif, mampu membantu membangkitkan semangat, melalui
pelbagai kaedah yang dikira sesuai untuk umum dan memberi
manfaat kepada anda, dalam usaha meraih kejayaan yang bermakna.
Jalan cerita atau rentetan peristiwa yang dipaparkan pula lebih bersifat
memudah cara dalam usaha memahami intipati atau substans itu
sendiri. Di samping itu, buku ini juga cuba membangkitkan keinginan
dan ghairah anda untuk melakukan tindakan yang gigih, tekun dan
bersabar. Untuk mencapai tahap itu, beberapa saranan diberikan, yang
antara lain, agar anda tetap bertahan bagi membolehkan anda mencapai
matlamat yang dicita-citakan. Agar nanti, apabila fajar menyingsing,
gelombang pasang surut kembali, dan waktu berubah menjadi lebih baik,
anda akan dapat terus menggali dan mengembangkan wawasan yang anda
bina itu. Anda juga disarankan agar memberikan buah fikiran yang anda
ketahui hasil pengalaman yang anda lalui dan pengetahuan yang anda
peroleh semasa anda menyelusuri masa yang benar-benar sukar itu, kepada
orang lain dengan ikhlas dan jujur. Itulah salah satu ciri-ciri ilmu yang
bermanfaat. Selain mengajak anda memilih pandangan yang arif serta
positif, buku ini juga mampu memberikan inspirasi kepada anda untuk
melakukan langkah-langkah tegas dan berani; untuk menciptakan suatu
peralihan yang kreatif; menyusun kembali strategi dan membawakan
keterampilan yang baru. Semoga buku ini bermanfaat.
9 in stock
Weight | 0.6 kg |
---|---|
Dimensions | 17 × 4 × 25 cm |
ISBN | 9789676903709 |