Search

Kemunculan Dajjal Menurut Al-Quran Dan Hadis Rasulullah

RM18.00

Dajjal seperti yang digambarkan di dalam hadis ialah seorang lelaki yang buta sebelah matanya dan tertulis diantara kedua matanya itu perkataan kafir. Mendengar fizikalnya seperti ini pasti ramai yang tertanya-tanya apakah bahayanya Dajjal kepada umat Islam? Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampong itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di emoat mereka dan tanam-tanaman mereka oun menjadi. Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunngan di luar kota Madinah, Kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatan hari pembersihan kota Madinah.

1 in stock

Additional information

Weight 0.5 kg
Penerbit

Pustaka Ilmuwan

Penulis

Fadhli Nuruddin Mohamed

Tahun Terbitan

2019

Format

soft cover

ISBN

9789672119302

Berat

0.5

Jumlah Halaman

128