Komik ini mengisahkan Yaya yang bertudung dan Aini yang freehair, dua sahabat baik tetapi mempunyai sudut pandang berbeza mengenai kewajipan menutup aurat dalam Islam. Perdebatan panjang mula tercetus apabila pada suatu hari, Yaya mengeluh panas selepas joging, dan Aini bertanya, “Kalau dah tahu panas, kenapa kau pakai tudung?”