Search

Kerana Kita Pernah Khilaf – Mohd Akhirudin Abdul Wahab

RM30.00

Kebahagiaan bukan milik mereka yang cantik tetapi
milik mereka yang baik amalnya. Hidup kita ini adalah garis
tanpa jangkaan. Pun begitu yang paling pasti kita sedang
dalam perjalanan menuju kepada Tuhan.
Itulah saat kita terangkat dari bumi, telapak kaki tidak lagi
menjamah tanah. Usia kita semakin larut. Esok tidak pasti ia
akan bercahaya lagi. Takut-takut Tuhan sudah sediakan
langkah menuju alam penuh mistri dan kain kafan
sudah siap ditenun untuk dipakai pada jasad.
Berundurlah setapak untuk menilai diri. Itu bukan bermak-
na kita hilang segalanya. Bila berundur kita dapat pandan-
gan yang lebih luas. Rugi seorang hamba bila melangkah
keluar dari dunia masih belum sedar dunia ini menipu.
Bangkitlah untuk menghantar gugusan doa. Teruslah
mencari makna seorang hamba. Pilihlah untuk
melukis Syurga dari dunia lagi.
Teruskan beramal walaupun kecil kerana kebaikan yang
kita pandang remeh sangat bernilai ketika roh
direntap dari jasad.

10 in stock

Additional information

Weight 0.7 kg
Dimensions 3 × 17 × 25 cm
Berat

0.7

Cetakan

2022

ISBN

9789671778524

Jumlah Halaman

250

Penerbit

Writes Write

Penulis

Mohd Akhirudin Abdul Wahab