Search

KHALEED EIMRAN – Kaseh Aries

RM32.00

Kahwin?

Bunga tak pernah terfikir pun akan melalui semua itu dalam hidupnya.
Lebih-lebih lagi bila dia hanyalah sekuntum bunga yang telah pun pudar
warnanya. Cinta dalam hatinya telah lama hilang hanya kerana
kerakusan orang lain.

Kerana itu, Bunga tutup hatinya untuk semua lelaki. Dia tak izinkan
hatinya untuk menyintai, apalagi dicintai.

Namun, takdir tertulis lain. Pertemuannya dengan si kecil, Aqila, buat
hati Bunga kembali disentuh. Kembali bergelodak. Bukan kerana Aqila,
tetapi kerana papa Aqila yang menganggapnya bagaikan musuh ketat.

“Kenapa papa marah Cik Bunga?”-Aqila

“Sebab papa benci orang yang munafik. Orang yang dah buat papa
hampir mati.”-Khaleed Eimran

Bukan senang untuk bertahan dalam sebuah kebencian. Bunga dah
cuba menjauh, namun langkahnya tersekat dengan kepolosan si kecil
bermata hazel.

“Cik Bunga janganlah pergi. Mama Qila dah pergi tinggalkan Qila, Cik
Bunga pun nak tinggalkan Qila jugak ke?” -Aqila

Kerana si kecil itu, Bunga tadahkan hatinya untuk dilukai berkali-kali.
Dia bertahan dengan setiap kedinginan Khaleed. Menelan semua bicara
tajam Khaleed kepadanya.

Sehinggalah pada satu saat, hati Bunga dah tak mampu untuk terus
bertahan. Menunggu, bererti dia harus membiarkan hatinya lumat
disakiti. Jadi dia memilih untuk pergi walaupun kakinya terlalu berat
membilang tapak. Ada sesuatu yang menghalangnya di situ.

“Mama dah tak sayang Qila?”-Aqila

“Sampai mati, mama akan sayang Qila. Tapi mama tak bertuah untuk
terus bersama dengan Qila. Izinkan mama pergi, sayang. Mama kena
selamatkan jiwa mama yang dah hampir mati.” -Bunga

1 in stock

Additional information

Weight 0.35 kg
Dimensions 15 × 5 × 22 cm
Berat

0.35

Format

soft cover

ISBN

9786297509037

Jumlah Halaman

478

Penerbit

Kaseh Aries

Penulis

Cik Tet

Tahun Terbitan

2022