Search

KHILAFAH & KHULAFA’ AL-RASHIDIN: Antara Syura Dengan Demokrasi – Crescent News

RM45.00

الخِلَافَةُ وَالخُلَفَاءُ الرَّاشِدُونَ بَيْنَ الشُّورَى وَالدِيمُقْرَاطِيَّةِ

KHILAFAH & KHULAFA’ AL-RASHIDIN : Antara Syura Dengan Demokrasi

Buku ini hadir sebagai satu usaha murni dalam menegakkan kebenaran dan menolak segala bentuk tohmahan serta pemalsuan yang dilemparkan terhadap generasi agung umat ini-para sahabat Rasulullah SAW, khususnya para Khulafa’ al-Rashidin. Berlandaskan sumber sumber yang muktabar, penulis membongkar dakwaan dakwaan

palsu seperti yang dibuat oleh Taha Husain dalam bukunya al-Fitnah al-Kubra (Fitnah Terbesar dalam Sejarah Islam) dan penulis-penulis yang seumpamanya,

selain turut diselitkan perbincangan mengenai kedudukan sistem khilafah Islam, perbezaannya dengan pemerintahan teokrasi di Eropah, serta perbezaan utama di antara konsep kedaulatan rakyat dalam sistem demokrasi Barat dengan konsep Islam.

Salim Ali al-Bahnasawi (30 Mei 1932-3 Mac 2006) merupakan seorang pemikir Islam kelahiran Mesir yang pernah menyertai gerakan Islam Ikhwanul Muslimin dan pernah dipenjarakan atas faktor politik selama enam tahun sebelum dibebaskan pada Mei 1971. Meskipun merasai pahit getir penjara pemerintah, beliau tetap berperanan dalam menghadapi arus takfiri dengan turut menyumbang dalam penulisan buku Du’ät Là Qudat (Pendakwah Bukan Penghukum) bersama Hassan al-Hudaybi (1891 1973) , Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin yang kedua selepas

Hasan al-Banna.

Malah, bukunya al-Hukm wa Qadiyyah Takfir al-Muslim (Pemerintahan dan Fenomena Takfiri) dianggap sebagai rujukan utama di seluruh dunia bagi mereka yang ingin

memahami akar pemikiran takfiri.

Beliau telah meninggalkan warisan pemikiran berupa puluhan buah buku yang membincangkan pelbagai isu dalam syariah, undang-undang, ekstremisme, kedudukan wanita, adab berdialog, dan lain-lain. Boleh dikatakan bahawa semenjak pertengahan abad yang lalu, beliau aktif sebagai pendakwah yang menyebarkan pemikiran Islam yang wasatiyyah di seluruh dunia.

9 in stock

Additional information

Weight 0.5 kg
Dimensions 12 × 5 × 23 cm
Berat

0.5

Format

soft cover

ISBN

9789674091989

Penerbit

CRESCENT NEWS

Jumlah Halaman

570

Penulis

Salim Al-Bahnasawi

Tahun Terbitan

2025