RM32.00
Impian April mahu mendirikan mahligai bersama Wazirul yang dia
rasakan seorang lelaki yang sempurna. Namun impiannya berkecai
kerana sikap lelaki itu sendiri. Akibat terlalu kecewa, April menerima
jodoh aturan keluarga.
“Aaa… apa awak buat di sini?” – April
“Awak tanya saya buat apa di sini? I am your future husband.” – Danny
Wazirul yang hilang hala tuju, telah berkelana jauh dalam mencari diri
sendiri. Di situ dia bertemu dengan seorang gadis yang membuka
hatinya. Namun bukan mudah untuk dia mendapatkan Aura.
“Saya betul-betul ikhlas cintakan awak, Aura.” – Wazirul
“Saya tak sempurna, Encik Wazirul. Berhentilah cintakan saya.” – Aura
Akhirnya pasangan itu bersatu juga walau tanpa rasa cinta. Permulaan
yang sukar buat April, tetapi dia tetap belajar menyayangi Danny.
Namun rahsia Danny telah menghancurkan segalanya.
“Don’t you dare come near me.
Saya jijik dengan lelaki macam awak ni.” – April
Wazirul turut menerima nasib yang sama apabila mengetahui perkara
sebenar tentang Aura pada malam pernikahan mereka.
“Jangan panggil aku ‘abang’ selepas kau bohong aku hidup-hidup.”
– Wazirul
Kemunculan Umairah yang cuba memporak-perandakan rumah
tangga pasangan itu telah menambah rencah keretakan.
Bolehkah April dan Wazirul mencari kesempurnaan sedangkan
kesempurnaan itu hanya milik Tuhan? Terlambatkah penyesalan
mereka selepas itu setelah semuanya terbongkar?
Out of stock
| Weight | 0.35 kg |
|---|---|
| Dimensions | 15 × 5 × 22 cm |
| Berat | 0.35 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789672035985 |
| Jumlah Halaman | 502 |
| Penerbit | Kaseh Aries |
| Penulis | Firuz Shah |
| Tahun Terbitan | 2022 |