Search

KOTA IBLIS – Karya Publika

RM28.90

TAJAU – RUBY ANNAS
Mengikut legenda Iban, antu pala berapi adalah paling digeruni. Setiapkali menjelang
Gawai Hantu, upacara miring akan dilakukan. Namun, setiap 23 tahun juga, antu pala berapi
akan berlegar-legar dan mengganggu penduduk kampung di sekitarnya. Pada keesokan
harinya, pasti ada nyawa yang terkorban.
Selang 23 tahun kemudian, satu pertelingkahan antara dua puak kaum Iban terjadi
dalam merebut cinta seorang wanita bernama Ambon. Ambon telah memilih Sana iaitu
seorang Raja Berani yang berasal dari Tembawai Punjong. Senabong yang juga menagih cinta
Ambon telah dihalau keluar dari rumah panjang Tembawai Punjong kerana sering
menimbulkan kekecohan dan dia mewujudkan satu penempatan baru di Tembawai Besai.
Pertelingkahan mereka tidak berakhir disitu, Tembawai Punjong telah dilanda ribut
yang dahsyat sehingga mengorbankan nyawa Sana dan Nara. Tetapi orang-orang Tembawai
Punjong menyatakan, nyawa mereka dicabut kerana upacara miring tidak diadakan sehingga
menimbulkan kemarahan antu pala berapi.

HIPNOSIS – DINI HANANI
Kemalangan meragut nyawa Matilda, tunang Isaac akibat daripada sikapnya yang
mengikut perasaan semasa memandu. Sepanjang berada di hospital dan di tempat
pengebumian Matilda dia diekori oleh seorang lelaki tua yang misteri, iaitu Sir Paul Browse.
Lelaki tua tersebut menawarkan satu keajaiban yang bakal dia lalui sekiranya bersetuju untuk
melalui hipnoterapi di Eyes of Paradise. Isaac sangsi dan berasa ragu-ragu. Dalam masa yang
sama dia juga sungguh rindukan bekas tunangnya walaupun dia tahu yang Matilda dan dirinya
sudah berbeza dunia. Setiap hari merupakan hari perjuangan untuk dia bebaskan fikirannya
dari teringat akan Matilda. Bertambah menyedihkan lagi dalam hidupnya, apabila ibu bapa
Matilda yang dia anggap seperti keluarganya menyampaikan hasrat untuk berpindah ke
Perancis. Namun, ada sesuatu yang sering mengganggunya selepas itu.

ASRAMA – MOHAMMAD KAMAL
Aswad telah mendapat tawaran belajar di salah sebuah sekolah swasta yang
menempatkan pelajar-pelajar cemerlang. Aswad juga mendapat tajaan biasiswa
memandangkan dia adalah seorang anak peladang dan ibunya menjahit pakaian.
Amir dan Malik ingin membalas dendam kerana, bapa Aswad memalukan bapa
sepupunya yang merupakan orang kaya dan memiliki sayap perniagaan yang besar. Kebetulan
pula, empat sekawan tersebut telah saling mengenali sebelum masuk ke dalam Kolej Ulul
Albab yang dibangunkan oleh Tuan Haji Rashid yang merupakan seorang pengetua cemerlang.
Aswad didera mental dan fizikal oleh seorang guru yang bernama Cikgu Hamidi.
Guru tersebut telah dibayar dengan sogokan wang oleh bapa Hilman untuk menjaga anaknya.
Cikgu Hamidi mengambil kesempatan untuk meliwat Aswad kerana mengalami masalah
rumah tangga yang dicetuskan oleh Linda, isterinya. Aswad juga difitnah dengan pelbagai
tomahan dan akhirnya meninggal dunia. Ura-ura mengatakan, Aswad mati kerana membunuh
diri.

5 in stock

Additional information

Weight 0.35 kg
Dimensions 14 × 3 × 17 cm
Berat

0.35

Format

soft cover

ISBN

9789672394365

Jumlah Halaman

392

Penerbit

Karya Publika

Penulis

Dini Hanani, Mohamad Kamal, Ruby Annas

Tahun Terbitan

2023