RM35.00
Menjadi seorang Hannah atau Raisya Hannah Abdul Halim bukan mudah. Maruah-
nya luruh sekelip mata. Di sampingnya, lelaki tidak dikenali tanpa sehelai benang
melilit tubuhnya.
Apa dayanya tika itu. Hanya tangisan mengiringi. Hatinya lumat, jiwanya hancur.
Maruahnya tercemar. Kerana peristiwa itu dia nekad membawa diri. Meninggalkan
segala yang disayangi di bumi bertuah.
Menjadi Luth Mikail juga bukannya mudah. Gadis itu tidak dikenali tetapi gadis itu
terjerat dengan musuh perniagaannya. Tatkala dia bangun pagi itu semuanya
musnah. Reputasi dirinya hancur dek khianat dan benci.
Lima tahun dia mencari gadis itu. Mengusung bersama penyesalan yang bukan
sedikit. Kerana dia, gadis tak berdosa menjadi mangsa. Kerana dia juga seluruh
hidup gadis itu musnah dan kerana gadis itu juga dia berubah.
Pertemuan yang tidak diduga membuatkan jiwa Luth Mikail yang mati selama ini
hidup kembali. Mereka disatukan tetapi lelaki itu tahu jiwa wanita bernama Raisya
Hannah sudah lama mati.
“Abang mohon maaf atas semua kesalahan abang selama ini. Abang mengambil
setiap kesalahan abang itu sebagai hukuman untuk abang,” – LUTH MIKAIL
“Awak ingat senang-senang untuk saya maafkan awak? Lima tahun saya membenci
diri sendiri. Jijik dengan tubuh sendiri. Walaupun dicuci dan dibilas dengan
berbaldi-baldi air belum tentu mampu menghilangkan kekotoran itu,” – HANNAH
Bagaimana kesudahan cerita mereka. Mampukah Luth Mikail melenturkan
kebencian si isteri dan mampukah Hannah berterusan membenci suami sendiri.
Mampukah mahligai itu bertahan? Semua itu terjawab dalam Ku Akad Kau Dengan
Bismillah.
Out of stock
| Weight | 0.35 kg |
|---|---|
| Dimensions | 14 × 4 × 20 cm |
| Berat | 0.35 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789672918325 |
| Jumlah Halaman | 442 |
| Penerbit | INTENS IDEA INTERNATIONAL SDN BHD |
| Penulis | Wawa Akil |
| Tahun Terbitan | 2023 |