RM28.00
Menerima seorang gadis buta untuk dijadikan isteri adalah perkara
mustahil pada diri seorang Arman Mikael. Namun kerana sudah
berjanji dengan neneknya yang sakit, Arman harus menikahi Ainul
Madihah. Permulaan hidupnya dengan isteri buta memang buat dia
terbeban. Namun lama-kelamaan, Arman sudah boleh menerima
kekurangan Ainul.
“Kau jangan nak keluar dari bilik ni. Aku nak kau biasa-biasakan diri
dengan aku dan bilik ni juga. Takkan selamanya kau nak tidur asing bilik
dengan suami kau ni? – ARMAN MIKAEL
“Nek Pah suruh abang jaga Ainul aje. Bukan suruh Ainul tidur dengan
abang!”-AINUL MADIHAH
Kerana kekurangannya, Ainul sedar diri. Dia cuba buat hal sendiri dan
menguruskan dirinya tanpa pertolongan sesiapa. Tapi Arman tak bagi
peluang langsung. Semuanya dilakukan untuk Ainul. Dia tidak mahu
Ainul mencederakan dirinya. Hidup Arman sudah tidak seperti dulu.
Apa saja yang dia lakukan, nama Ainul Madihah menjadi keutamaan
dalam fikirannya. Hingga dia terlupakan Darlina, perempuan yang
sangat dia sayang!
Dia sanggup lakukan apa saja demi Ainul Madihah. Sehinggalah
sesuatu terjadi dan meragut segalanya daripadanya. Arman rebah dan
dia tidak mampu berdiri lagi. Cinta itu memang buat dia terasa lemah…
5 in stock
| Weight | 0.4 kg |
|---|---|
| Dimensions | 12 × 3 × 19 cm |
| ISBN | 9789672035787 |