RM28.00
“Lord Hades nak pinang anak raja bunian.”RAKYAT JELATA
Menurut ramalan Empayar Zerdad, Mors (raja) harus mencari Ortus
(permaisuri) untuk dijadikan isteri. Ortus itulah yang akan melindungi raja
suatu hari nanti.
Hades Owais, pewaris takhta Zerdad. Dia adalah Mors, sang
Namun di sebalik gelaran yang mengerikan itu, hanya satu yang dia
dambakan, seorang isteri. Mimpi yang menghantuinya setiap malam
membuatkan Hades yakin, gadis bermata emas itu ialah Ortus, cahaya yang
telah ditakdirkan untuk menyuluh jalannya.
“Apa yang lord mahu dari puak murka’ seperti
saya?”-LAYESHA AKSARA
“Yang aku nak bukan puak murka tapi kau. Yang lain itu bukan
kehendak aku. Itu kehendak Raja Zerdad.”-HADES OWAIS
Gadis itu ialah Layesha Aksara, dari ‘puak murka’ yang dibenci kerana
menganut agama yang ditolak oleh Raja Zerdad. Demi kerajaan, demi
agamanya Aksara terpaksa berkorban dan menjadi isteri kepada Hades.
Namun, manusia dicipta dengan rasa dan rasa itulah yang
perlahan-lahan menjentik hati mereka.
“Siapa pun yang cipta kau… pasti DIA melakukannya dengan hati
yang penuh cinta. Tak mungkin lahir ciptaan seindah ini dari tangan
yang tak mencintai.”-HADES OWAIS
“Itu caramu mencintai?”-LAYESHA AKSARA
“Raja itu menghancurkan dunia… kerana dunia telah terlebih
dahulu merampas isterinya.”-RAKYAT JELATA
“Jangan mendekat. Jika kau masih ingin mendekat, pastikan
langkah seterusnya adalah sujud di lututku.”-GADIS MISTERI
Antara ramalan yang menghancurkan dan cinta yang berputik, mereka
terikat dalam permainan takdir. Adakah cinta mampu menyelamatkan
mereka? Atau segalanya akan tenggelam dalam darah dan kehancuran yang
telah tertulis?
4 in stock
| Weight | 0.3 kg |
|---|---|
| Dimensions | 13 × 3 × 19 cm |
| Berat | 0.3 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789672803850 |
| Penerbit | IDEA KREATIF |
| Penulis | Bellesa |
| Tahun Terbitan | 2025 |