RM26.00
Firda dilamar lelaki yang memenuhi senarai kriteria Mr. Perfect
10.
“Trust me Firda. Saya takkan kahwin dengan perempuan
yang saya tak cinta.” – Nujaid
Ibarat tikus jatuh ke dalam guni beras. Lamaran diterima.
Namun, ada syaratnya.
“Sampai bila nak rahsiakan perkahwinan kita? Sampai bila
saya nak tipu ibu?” – Firda
Kerana cuba memansuhkan syarat itu, hidup Firda mula
kucar-kacir. Permainan yang diatur oleh Hanis cukup hebat.
Firda dikhianati insan-insan di sekelilingnya, kehilangan kerja
dan disumbat ke dalam lokap. Tambahan pula dia disahkan
mengandung dan terpaksa melarikan diri ke sebuah desa terpencil.
Akhirnya, Firda bekerja sebagai pencanting batik. Di saat dia mula
merasa bahagia, Nujaid muncul semula.
“Jangan lupa. Ini baru pertemuan kedua. Akan ada pertemuan-
pertemuan lain selepas ini.” -Nujaid
Setiap pertemuan menghantar pelbagai rasa dalam emosi mereka.
Nujaid menanti dalam doa dan kesabaran kerana perasaannya sudah
tidak terungkap dengan ayat-ayat cinta. Namun, Firda tidak perlukan
lelaki seperti Nujaid. Firda menuntut perpisahan sementara Nujaid
menuntut sebuah kemaafan.
5 in stock
| Dimensions | 17 × 5 × 22 cm |
|---|---|
| Berat | 0.4 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789672116349 |
| Penerbit | DEAR NOVELS |
| Penulis | ANNA MILIA |