RM39.90
Sejarah telah mencatatkan bahawa Mat Kilau adalah seorang pahlawan dari
negeri Pahang yang suatu ketika dulu bangun menentang penjajah yang bertapak
di tanah air. Beliau mempunyai sifat kepimpinan yang baik dan pemikiran yang
matang terutama dalam mengatur strategi menentang penjajah. Hakikat ini
menjadikan beliau seorang yang amat disegani dan dihormati bukan sahaja oleh
masyarakat setempat bahkan juga oleh penjajah. Lantaran itu penjajah amat
membenci beliau dan menganggap beliau sebagai seorang pemberontak.
Keberanian sebagai pahlawan terbilang sentiasa diingati hingga ke hari ini. Mat
Kilau dikenali sebagai seorang pejuang yang tidak gentar menentang penjajah di
Pahang. Beliau turut sama membantu pejuang-pejuang di Kelantan dan
Terengganu dalam usaha membebaskan negeri itu dari cengkaman penjajah.
Tokoh perwira Melayu yang berasal dari Mukim Pulau Tawar, Jerantut, Pahang ini
bangkit untuk menentang penjajah British pada penghujung abad ke-19 hingga
menjadi buruan kemudian menghilangkan diri dan muncul semula pada tahun
1970 ketika berusia sekitar 122 tahun. Jiwa perjuangannya tidak pernah luntur
terutama memikirkan bagaimana kuasa asing yang jauh boleh datang menguasai
negeri. Ketika Perang Semantan meletus, beberapa orang pembesar Pahang telah
ditangkap dan dihukum, walau bagaimanapun Mat Kilau terselamat bersama ra-
kan-rakannya dan berundur ke Hulu Kelantan untuk mendapatkan pelindungan.
Kemudian, beliau ke Kuala Berang, Hulu Terengganu kerana mendapat sokongan
daripada ulama Terengganu yang terkenal iaitu Tokku Paloh dan Haji Abdul
Rahman Limbong. Di sana, Mat Kilau belajar ilmu agama daripada Tokku Paloh.
Mat Kilau menentang penjajah kerana pentadbiran penjajah yang menekan rakyat
Melayu dengan sistem cukai yang menindas. Lantaran pungutan cukai yang
menindas dan keangkuhan pihak penjajah inilah yang tidak mahu bertolak-ansur
menyebabkan Mat Kilau bangun membuat penentangan. Beliau tidak
berseorangan dalam usaha murni ini. Bersama beliau ialah Dato’ Bahaman dan
Tok Janggut. Mereka bersatu dan berganding bahu memulakan pemberontakan
ke atas pihak British.
Penjajah telah menuduh perjuangan Mat Kilau, Dato’ Bahaman dan Tok Janggut
sebagai perjuangan para pemberontak. Tuduhan ini disokong oleh sultan. Ini
bermakna Sultan sanggup mengkhianati bangsa dan rakyatnya sendiri berbanding
bersatu dengan para pejuang Melayu, Baginda lebih rela bersama penjajah dalam
usaha mematahkan pemberontakan di Semantan.
Out of stock
| Weight | 0.4 kg |
|---|---|
| Dimensions | 17 × 4 × 22 cm |
| Berat | 0.4 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789672278566 |
| Jumlah Halaman | 270 |
| Penerbit | hijjaz record publishing |
| Penulis | Syed Mahadzir Syed Ibrahim |
| Tahun Terbitan | 2022 |