RM28.00
Ibnu ‘Asakir menuturkan riwayat daripada Mutharrif bahawa
dia pernah melihat Utsman ibnu ‘Affan r.a. dalam tidurnya.
Dia bercerita, “Aku melihatnya memakai pakaian hijau.”
Aku bertanya kepadanya, “Wahai Amirul Mukminin, apa yang
telah diperbuat Allah kepada engkau?” Beliau menjawab,
“Allah berlaku baik kepadaku.” Aku bertanya lagi, “Agama
apa yang paling baik?” Beliau menjawab, “laitu agama yang
lurus dan tidak menumpahkan darah.”
Seseorang daripada penduduk Kufah bercerita: Aku pernah
melihat Suwaid ibnu ‘Amr al-Kilabi dalam tidurku setelah
wafatnya dalam keadaan yang sangat baik. Aku bertanya,
“Wahai Suwaid, mengapa keadaanmu boleh sebaik ini?” Dia
menjawab, “Aku banyak mengucapkan la ilaha illallah, maka
hendaklah engkau memperbanyakkan menyebutnya.”
Sufyan ibnu ‘Uyainah pernah bercerita: Aku pernah melihat
ats-Tsauri dalam tidurku setelah kematiannya. Lalu aku
berkata kepadanya, “Wasiatilah aku.” Dia berkata, “Kurangilah
berkumpul-kumpul dengan banyak orang.” Aku berkata lagi,
“Nasihatilah aku lagi.” Dia berkata, “Belajarlah.”
Ini adalah sebahagian kisah-kisah mimpi bertemu dengan orang
yang sudah meninggal dunia. Mimpi ini disifatkan oleh ulama
sebagai mimpi yang benar dan mengandungi pengajaran untuk
orang yang masih hidup. Ikuti kisah-kisah mimpi ini di dalam
Mau’izhah Hasanah 3: Khabar dari Barzakh.
3 in stock
Weight | 0.4 kg |
---|---|
Dimensions | 17 × 4 × 24 cm |
Berat | 0.4 |
Format | soft cover |
ISBN | 9789830976693 |
Jumlah Halaman | 209 |
Penerbit | Galeri Ilmu |
Penulis | Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani |
Tahun Terbitan | 2017 |