RM25.00
Kitab Al-Aqidah Al-Thohawiyyah ditulis oleh ulama terkenal
Imam Abu Jaafar al-Thohawi adalah kitab ditulis pada kurun
Salafussoleh. Ramai yang menganggap kitab ini mewakili
aqidah ulama Salafussoleh ketika itu. Oleh yang demikian,
boleh dikatakan kitab ini diterima baik samada daripada
golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah atau Salafi Wahhabi.
Rentetan daripada itu, kitab ini disyarah oleh ramai ulama
daripada kedua-dua aliran. Antara yang terkenal ialah syarahan
oleh Ibnu Abil Izz Al-Hanafi yang mewakili syarahan daripada
golongan Salafi. Untuk memahami syarahan Aqidah
Al-Thohawiyyah menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah kita
perlulah merujuk kepada syarahan Imam Abdul Ghaniy
Al-Midaniy Al-Dimasyqi yang terkenal. Namun, sejak Syeikh Dr
Said Foudah menulis kitab Al-Syarh Al-Kabir Ala Al-Aqidah
Al-Thohawiyyah sebanyak dua jilid, para ulama tertumpu
kepada syarahan ini untuk memahami setiap ibarat kitab asal.
Adapun, buku yang ada ditangan tuan puan sekarang boleh
dikatakan kesimpulan dan ringkasan bagi kitab-kitab syarahan
ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah. Hal ini kerana ia dihuraikan
berdasarkan beberapa rujukan kitab syarahan yang muktabar
dan terkenal. Mempelajari buku ini, mampu untuk membantu
kita memahami dengan baik pegangan ulama Salafussoleh
dalam isu-isu aqidah.
Tambahan lagi, syarahan ini juga membantu para ustaz untuk
mengajarkan kitab Al-Aqidah Al-Thohawiyyah kepada para
penuntut. Jika mendalami dengan lebih lanjut, kita akan
mendapati aqidah para Salafussoleh tidak ada beza dengan
aqidah kita sekarang atau golongan Asyairah Wal Maturidiyyah.
Out of stock
| Weight | 0.35 kg |
|---|---|
| Dimensions | 14 × 3 × 22 cm |
| Berat | 0.35 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9786299752066 |
| Jumlah Halaman | 188 |
| Penerbit | PUSAT KAJIAN SYARIAH DARUL FITRI |
| Penulis | Imam Abu Jaafar Al-Thohawi, Maulana Ihsan Abu Bakar |
| Tahun Terbitan | 2023 |