Search

MEMBONGKAR KES-KES JENAYAH – HR Publishing

RM38.90

DI MALAYSIA, banyak kes jenayah berprofil tinggi, melibatkan tokoh-tokoh tertentu dan
juga kedaulatan negara. Kes-kes seperti pembunuhan tokoh kewangan dan rakyat negara
luar, merupakan antara kes yang memberi persepsi yang buruk kepada negara. Namun
begitu, kecekapan pihak polis Malaysia yang berjaya menyelesaikan kes-kes ini tanpa
sebarang campurtangan pihak berkuasa luar negara telah membuatkan imej negara di
mata dunia begitu dikagumi dan dihormati. Walau bagaimanapun, terdapat juga jenayah
kejam seperti pembunuhan Nurin Jazlin tidak dapat diselesaikan sepenuhnya kerana
suspek utamanya masih belum dapat ditangkap. Pembunuh yang digelar lelaki kucing itu
masih lagi berkeliaran dan hanya menunggu masa dan ketika untuk ‘meragut’ nyawa baru.
Namun, ini tidak bermakna pihak berkuasa di Malaysia tidak cekap. Pihak berkuasa
sehebat Scotland Yard dan NYPD sekalipun, terdapat beberapa kes tidak mampu
diselesaikan dek kerana kekurangan bukti dan maklumat penjenayah.

Di Malaysia, kaedah pelaksanaan hukuman mati untuk jenayah pembunuhan adalah hukum
gantung yang dilakukan menerusi teknik gantung. Kesalahan membunuh dengan niat,
mengedar dadah melebihi jumlah yang ditetapkan dan kesalahan bersabit pemilikan
senjata api adalah di antara perbuatan yang boleh membawa kepada hukuman gantung
sampai mati. Dalam sistem perundangan di Malaysia, seseorang itu akan melalui beberapa
peringkat perbicaraan terlebih dahulu sebelum hukuman mati dilaksanakan. Peringkat
pertama ialah hukuman oleh Mahkamah Tinggi diikuti Mahkamah Rayuan dan terakhir
sekali oleh Mahkamah Persekutuan. Sekiranya ketiga-tiga peringkat mahkamah ini
memutuskan keputusan bersalah terhadap tertuduh, maka satu rayuan pengampunan
terhadap kesalahan akan dilakukan dikemukakan kepada Yang di-Pertua Agong atau Duli
Yang Maha Mulia Sultan atau Yang di-Pertua Negeri, bergantung di mana kesalahan itu
dilakukan. Keputusan yang diputuskan ini adalah dianggap muktamad dan sekiranya
hukuman itu dikekalkan, maka mahkamah akan memerintahkan supaya Jabatan Penjara
menjalankan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah.

Seseorang yang dihukum gantung sampai mati oleh mahkamah, dari aspek perundangan
yang dilalui oleh mereka memakan masa yang panjang. Purata seseorang itu menjalani
hukuman mati dari tarikh mula jatuh hukum oleh mahkamah tinggi adalah berbeza-beza
dan mengambil masa bertahun-tahun. Ada yang melibatkan masa antara 1 tahun 9 bulan
dan sehingga ada yang mengambil masa 7 tahun 10 bulan. Setelah semua proses
perundangan tamat dan rayuan untuk meringankan hukuman ditolak oleh Lembaga
Pengampunan, pihak penjara akan menunggu arahan untuk menjalankan hukuman. Apabila
arahan melaksanakan hukuman dikeluarkan oleh mahkamah, pihak Jabatan Penjara akan
mengendalikan urusan pelaksanaan hukuman gantung.

Out of stock

Additional information

Weight 0.4 kg
Dimensions 15 × 4 × 22 cm
Berat

0.4

Format

soft cover

ISBN

9789672278535

Jumlah Halaman

252

Penerbit

HIJJAZ RECORDS PUBLISHING

Penulis

Syed Mahadzir Syed Ibrahim

Tahun Terbitan

2022