RM37.90
Pabila kita menelusuri pensejarahan tamadun awal, tua dunia, maka
akan terbayanglah nama-nama seperti Mesopotamia, Mesir Kuno/
Purba, Huang He, Yunani/ Greek, Rom rentas hingga Nusantara.
Kebanyakan tamadun-tamadun tua awal ini berkisar di tengah Benua
Asia, Timur Asia, serta Eropah jua belahan tenggara Asia. Walau
bagaimanapun, jika ditelusuri pentarikhan tamadun -tamadun tersebut
muncul sekitar 4000SM. Jika dihitung anggaran usianya adalah lebih
kurang 6000 tahun. Adakah tamadun tertua di dunia dipegang oleh
Tamadun Mesopotamia yang usianya sudah menjangkau 6000 tahun?
Atau terdapat tamadun lain yang lebih tua usianya? Di sinilah bermula
pencarian permata di lembah sungai di sebuah benua kecil yang jauh
daripada kemasyhuran ketamadunan manusia yang diwarwarkan dunia
moden. Benua Kecil India, di lembangan Sungai Indus, lahirnya Tamadun
Lembah Indus yang berusia lebih 7000 tahun. 1000 tahun lebih tua
berbanding Mesopotamia yang selama ini memegang rekod tamadun
tertua dunia. Sisa-sisa tinggalan di tapak galicari arkeologi Harappa dan
Mohenjado serta puluhan bandar lain sekitar lembah Sungai Indus telah
memberi makna baru kepada pensejarahan tamadun tua dunia.
Tamadun ini bertunas di celahan aliran air Sungai Indus yang membawa
pelbagai unsur alam dalamnya. Tamadun ini muncul dan menjadi
tamadun terawal yang dirakamkan melalui tinggalan kekal mereka iaitu
pembinaan pembandaran terancang yang seragam antara bandarnya
walaupun terpisah jaraknya melebihi ribuan kilometer. Warkah ini cuba
menyelongkar dari sudut pandang yang pelbagai termasuklah kronologi
perkembangan tamadun tersebut. Penulis juga cuba memaparkan
pensejarahan Tamadun Indus melalui sudut bukti monumen dan karya
ulung yang masih tersisa dan dapat dilihat serta dirujuk pada hari ini.
Kegemilangan tamadun tersebut juga merentasi sempadan benua
dengan kehebatan tokohnya yang masih diulang sebut sehingga ke hari
ini. Malah sejarah kenabian juga sebenarnya tidak dapat dipisahkan
daripada Tamadun Awal di Benua Kecil India. Seterusnya ditelusuri juga
perkembangan pasca Tamadun Indus dan perkembangan Islam yang
yang membentuk Dinasti Moghul.
Out of stock
| Weight | 0.4 kg |
|---|---|
| Dimensions | 16 × 4 × 24 cm |
| Berat | 0.4 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789672278702 |
| Jumlah Halaman | 211 |
| Penerbit | HIJJAZ RECORDS PUBLISHING |
| Penulis | Muhammad Danial Ramli |
| Tahun Terbitan | 2023 |