RM37.90
Pembangunan senjata nuklear bukanlah suatu
yang rahsia lagi walaupun rejim Zionis masih
enggan mengakui Israel adalah kuasa nuklear
tunggal di rantau Timur Tengah. Tidak dinafikan
bahawa terdapat negara-negara di Timur Tengah
seperti Iraq, Syria dan Iran yang turut
membangunkan program nuklear. Namun sehingga
kini negara-negara tersebut masih tidak memiliki
senjata nuklear. Bagi mengekalkan monopoli
senjata nuklear di Timur Tengah, Israel telah
terlibat dalam usaha menggagalkan program
nuklear Iraq, Syria dan Iran. Israel telah
melancarkan serangan udara, pembunuhan dan
sabotaj demi mengekalkan dominasi senjata
nuklear dan menggagalkan program nuklear
negara lain di Timur Tengah. Apakah faktor-faktor
yang menyebabkan Israel membangunkan senjata
nuklear? Bagaimanakah Israel mampu
membangunkan reaktor dan senjata nuklear?
Adakah Israel telah menguji senjata nuklearnya?
Berapakah pula jumlah senjata nuklear dalam
simpanannya? Adakah cegah rintang nuklear Israel
berkesan terhadap musuh-musuhnya? Adakah
wujud perlumbaan senjata pemusnah besar-
besaran di Timur Tengah? Semua
persoalan tersebut akan
dibongkarkan dalam
buku ini.
Out of stock
| Weight | 0.45 kg |
|---|---|
| Dimensions | 15 × 4 × 22 cm |
| Berat | 0.45 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789672278580 |
| Jumlah Halaman | 228 |
| Penerbit | HIJJAZ RECORDS PUBLISHING |
| Penulis | Zulfiqar Mohd Yusof |
| Tahun Terbitan | 2022 |