RM29.90
Aleeya Qistina, mengambil keputusan untuk membunuh diri dan terjun di
atas tebing nan tinggi, sebagai protes terhadap cintanya yang kecundang.
Namun, dia menemui kegagalan kerana ada sesuatu yang menggangunya
saat itu. Apakah yang menggangunya dan kisah disebaliknya?
Maka, dia mengambil keputusan untuk Murtad daripada agama Islam, dan
mulai hidup dengan budaya barat. Suatu ketika, dia mengambil keputusan
untuk menjadikan kelab malam dan disko sebagai kiblatnya.
Ketika malam pertama dia mengunjunginya, dia disapa oleh seorang lelaki
yang melecur separuh badan, dan kelihatannya tak ubah seperti gengster
kelab malam.
Dia dipelawa minum arak bersamanya. Pada mulanya Aleeya Qistina
menolak, namun setelah dia dicabar, dia menyahut cabaran itu.
Sewaktu arak sedang diteguk, tiba-tiba dia ditegur sang lelaki tadi.
“Cuba kau lihat, air apa yang kau minum?”
Alangkah terkejutnya dia, rupanya dia sedang meneguk air najis dan nanah
yang busuk. Gelas tadi terus terhempas ke lantai. Alangkah bertambah
kagetnya, Dia melihat suasana di kelab malam tadi berubah.
Banyak makhluk bertanduk, hodoh, dan mengerikan sedang menjilat
makanan disitu. Semua makanan telah bertukar menjadi najis serta merta.
Pengunjung kelab malam yang lain leka menari, tapi wajah mereka
berubah sangat buruk dan bertanduk. Aleeya Qistina terus takut.
Dan apa yang anehnya, lelaki tadi tidak ada sedikitpun perasaan takut dan
pelik, seolah-olah dia mengetahui apa yang dilihatnya.
Soalan pertama dia ajukan, kau kenal ke siapa diri kau? Berlakulah dialog
dan pesan yang diluar jangkaan.
Siapakah lelaki itu? Bagaimana situasi yang dia dan lelaki tadi lalui di
dalam disko tadi? Dia bukan bermimpi atau pengsan, tetapi adakah
hijabnya dibuka oleh Allah?..
“Eh, kenapa dah lama kak tak balik?”
“Ha? Aku tak pernah pun sampai sini?, macamana mereka Begitu
mengenaliku?”Apakah dimensi dua masa yang Qistina lalui? Apakah dia
mendahului terowong masa depannya?
3 in stock
| Weight | 0.8 kg |
|---|---|
| Dimensions | 3 × 14 × 23 cm |
| Berat | 0.8 |
| Cetakan | 2021 |
| ISBN | 9789671427637 |
| Jumlah Halaman | 308 |
| Penerbit | Hadi fayyadh |