RM38.90
Kerajaan Mesir diperintah selama sekitar tiga ribu tahun
oleh puluhan dinasti. Satu dinasti terdiri dari sejumlah
Firaun. Para pengkaji sejarah sejauh ini telah berkesimpulan
pada dua nama iaitu Firaun Ramses II dan anaknya Firaun
Maneftah yang hidup pada zaman Nabi Musa AS. Yang
pertama memerintah hingga tahun 1212 SM. Mumi atau
jasadnya telah diteliti ramai pakar arkeologi termasuk Dr
Maurice Bucaille, seorang ahli bedah asal Perancis, pada
1975-1976.
Nabi Musa AS dipercayai hidup sekitar tahun 1212 SM. Para
pengkaji berkeyakinan bahawa Firaun yang memelihara dan
membesarkan Nabi Musa di istananya ialah Ramses II.
Setelah dewasa dan berdakwah agama tauhid, Nabi Musa
dikejar Firaun berikutnya iaitu Maneftah. Kini, jasad
kedua-dua Firaun tersebut dapat disaksikan di Muzium
Kaherah, Mesir. Ini mengingatkan pada Al-Quran surah
Yunus: 92: “Maka pada hari ini, Kami selamatkan jasadmu
agar engkau dapat menjadi pengajaran bagi orang-orang
yang datang selepasmu, tetapi kebanyakan manusia tidak
mengendahkan tanda-tanda (kekuasaan) Kami.”
Maneftah ditemui mumianya di Wadi al-Mulk (Lembah
Raja-raja) daerah Thaba-Luxor, Mesir pada tahun 1896
Masehi dan dibuka pembalut-pembalutnya oleh Eliot Smith
seorang Ahli Kaji Purba pada 8 Julai 1907. Firman Allah SWT:
(Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya,
dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya), maka Nabi
Musa AS memperlihatkan kepada Firaun, mukjizat yang
besar. laitu mukjizat tongkat dan mukjizat tangan yang
putih melepak bagi meyakinkan dakwah yang dibawanya
dari Allah SWT. Malangnya keangkuhan Firaun
menyebabkan mereka ingkar bahkan menentangnya.
Out of stock
| Weight | 0.45 kg |
|---|---|
| Dimensions | 14 × 4 × 22 cm |
| Berat | 0.45 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789672278597 |
| Jumlah Halaman | 252 |
| Penerbit | HIJJAZ RECORDS PUBLISHING |
| Penulis | Syed Mahadzir Syed Ibrahim |
| Tahun Terbitan | 2022 |