Search

MENYEMAI NAMA ALLAH DI HATI: SYARAH 99 NAMA ILAHI – Darul Fitri

RM40.00

Kitab ini asalnya ditulis oleh Imam al-Suyuthi bagi menerangkan

maksud bagi setiap nama-nama Allah yang indah. Seperti mana

yang thabit dalam hadis, nama-nama Allah ada 99 kesemuanya.

Nama-nama ini mewakili sifat-sifat Allah yang sempurna. Oleh

itu, memahami nama-nama Allah adalah tidak sama seperti

kefahaman kita secara literal kerana hakikat maksudnya hanya

Allah yang mengetahuinya.

Namun, para ulama tidak putus-putus menulis kitab bagi

menghuraikan nama-nama Allah agar mudah difahami oleh orang

Islam. Ada ulama yang mensyarahkannya secara panjang lebar

dan ada juga yang menghuraikan secara ringkas. Kitab al-Ujalah

al-Hasna yang dikarang oleh Imam al-Suyuthi termasuk dalam

kelompok syarahan ringkas, maka ia mudah untuk dipelajari

oleh orang awam. Kami menyedari bahawa untuk memahami

nama Allah dengan lebih tepat, maka kami menyatukan kitab

ini dengan huraian Maulana Ihsan Abu Bakar kepada kitab al-

Maqsid al-Asna yang merupakan syarah Imam al-Ghazali kepada

Asma al-Husna. Huraian Maulana Ihsan disertakan sekali bagi

memastikan kefahaman bagi setiap nama Allah lebih terangkum

dan terperinci.

Oleh yang demikian, membaca dan memiliki kitab ini seolah-olah

kita mempelajari nama-nama Allah melalui dua kitab sekaligus

iaitu al-Ujalah al-Hasna dan al-Maqsid al-Asna. Insyaalah dengan

mengetahui nama-nama Allah kita akan lebih mengenal Allah

dan bergantung kepada-Nya.

5 in stock

Additional information

Weight 0.35 kg
Dimensions 16 × 3 × 21 cm
Berat

0.35

Format

soft cover

ISBN

9786299728399

Jumlah Halaman

378

Penerbit

PUSAT KAJIAN SYARIAH DARUL FITRI

Penulis

Al-Hafiz Imam Jalaluddin Al-Suyuti

Tahun Terbitan

2023