RM29.90
SUNDEL BOLONG adalah seorang wanita yang diperkosa sehingga hamil
dan dibunuh lalu melahirkan anaknya di dalam kubur. Dia kemudiannya
‘bangkit’ semula menjadi sundel bolong untuk membalas dendam terhadap
lelaki yang memperkosa dan membunuhnya. Sundel bolong juga memburu
lelaki-lelaki hidung belang. Mitos menyebut bahawa sundel bolong berasa
malu dengan lubang yang ada di bahagian belakangnya. Lubang yang
bersimbahan darah itu terselindung di sebalik baju yang dipakainya.
Imah memutuskan untuk berhenti menjadi penari yang identik sebagai pemuas
nafsu lelaki. Dia berkahwin dengan seorang lelaki baik yang bernama Sarpah,
seorang pemain gendang Kumpulan Tayuban yang menjadi pengiring para
gadis ronggeng menari. Mereka kemudiannya berpindah ke kampung lain
sebagai usaha untuk meredakan cemuhan jiran tetangga. Sarpah bekerja
dengan seorang penjual teh yang bernama Danapati. Meski Imah sudah
memutuskan untuk berhenti jadi penari, tetapi penduduk kampung sudah
terlanjur tidak menyukainya, kerana memandang rendah terhadap kerjaya
seorang penari ronggeng.
Danapati melakukan apa saja untuk mendapatkan Imah, termasuk
mengarahkan Sarpah supaya mengambil benih teh di daerah Sumatera.
Danapati pada suatu kesempatan berjaya memperkosa Imah. Namun Imah
berjaya lari ke Banjar. Danapati dan orang-orang upahannya terus mencari
Imah. Dia mengarahkan anak-anak buahnya itu supaya membunuh Imah.
Pada masa yang sama, di Sindangsari mengalami situasi yang sama dengan
Banjar, di mana banyak terjadi kes pembunuhan berlaku dengan kecederaan
yang teruk di bahagian belakang mayat. Setiap mayat yang ditemui semuanya
berlubang di bahagian belakang seolah-olah dirobek oleh kuku-kuku binatang
buas. Warga Sindangsari menjadi resah sehingga menimbulkan perasaan
saling curiga-mencurigai di antara sesama mereka. Sewaktu masyarakat
kampung berusaha mencari si pelaku, sundel bolong menjelma dan
membuatkan situasi semakin tegang.
Adakah Sarpah mengetahui kejadian yang telah menimpa isterinya Imah?
Apakah hubungan sundel bolong dengan pembunuhan yang berlaku di
Sindangsari dan Banjar? Apa yang sebenarnya telah terjadi di sebalik legenda
sundel bolong?
3 in stock
| Weight | 0.4 kg |
|---|---|
| Dimensions | 14 × 3 × 22 cm |
| Berat | 0.4 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789672394303 |
| Jumlah Halaman | 381 |
| Penerbit | Karya Publika |
| Penulis | Ibnu Ibrahim At-Tawari |
| Tahun Terbitan | 2022 |