RM29.90
Nyi Roro Kidul dipercayai ratu ghaib penguasa Laut Selatan. Paras
cantiknya digambarkan sebagai makhluk jahat yang sedia meminta korban
sesiapa sahaja pelanggar pantang dan larangan di Pantai Selatan, tetapi ada
juga anggapan bahawa Nyi Roro Kidul merupakan penguasa ghaib yang sedia
menjaga tanah Jawa lebih-lebih lagi Yogya dengan bala kekuatannya. Banyak
versi yang menerangkan tentang jati diri Nyi Roro Kidul. Ada yang
mengatakan Nyi Roro Kidul merupakan keturunan-keturunan Raja Airlangga
dari Kahuripan termasuk Raja Kediri Jayabaya. Ada pula cerita mengatakan
bahawa Nyi Roro Kidul merupakan puteri mahkota Kerajaan Galuh yang
pernah hidup pada abad ke-13.
Namun yang paling terkenal dipercayai Nyi Roro Kidul merupakan
puteri Kerajaan Pakuan Pajajaran. Raja bernama Raja Prabu Siliwangi
memiliki ramai anak, salah seorangnya bernama Puteri Kandita yang sangat
cantik mewarisi sifat ayahnya yang bijaksana. Raja Prabu Siliwangi sangat
menyayangi Puteri Kandita dan sewaktu Puteri Kandita beranjak dewasa,
beliau menjadi pewaris tunggal Kerajaan Pakuan Pajajaran. Namun
keputusan Raja Prabu Siliwangi itu ditentang oleh anak-anak juga gundiknya.
Hingga pada suatu hari para gundik dan anak-anak Raja Prabu Siliwangi
berkumpul untuk menyusun rancangan bagi menyingkirkan Puteri Kandita.
Seorang penyihir sakti ilmu hitam pun dilibatkan untuk mengeluarkan Puteri
Kandita dari istana Pakuan Pajajaran. Akibat sihir tersebut, Puteri Kandita
menderita penyakit kusta dan tubuhnya dipenuhi kudis dan kurap yang
mengeluarkan bau busuk. Raja Prabu Siliwangi merasa sedih dengan penyakit
yang dideritai anak kesayangannya itu. Tabib istana dilibatkan, namun tidak
ada seorang pun yang berjaya menghilangkan sihir jahat tersebut.
Suatu hari para gundik dan anak-anak baginda datang menemui dan
menghasut Raja Prabu Siliwangi. Mereka mengatakan bahawa penyakit Puteri
Kandita berbahaya dan boleh menular kepada baginda raja. Muslihat jahat ini
menyarankan agar Raja Prabu Siliwangi mengusir Puteri Kandita keluar dari
istana Pakuan Pajajaran. Pada mulanya Raja Prabu Siliwangi menolak, namun
dengan berbagai pertimbangan akhirnya baginda menyetujuinya. Tanpa
sepengetahuan Puteri Kandita, ternyata Puteri Kandita mendengar juga
pembicaraan tersebut. Beliau sangat sedih dan kecewa sehingga akhirnya
beliau melarikan diri dari istana. Berhari-hari beliau berjalan menjauh dari
istana sehingga sampailah di pesisir pantai selatan Jawa. Sewaktu letih
menghampiri, Puteri Kandita memutuskan untuk tidur di atas batu karang
dan di tengah lelapnya beliau bermimpi mendengar sebuah suara ghaib yang
menyuruhnya terjun ke dalam laut agar penyakitnya dapat disembuhkan
Out of stock
| Weight | 0.35 kg |
|---|---|
| Dimensions | 14 × 4 × 22 cm |
| Berat | 0.35 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789672394204 |
| Jumlah Halaman | 410 |
| Penerbit | Karya Publika |
| Penulis | Ibnu Ibrahim At-Tawari |
| Tahun Terbitan | 2022 |