Search

MISTERI RAJA BERSIONG – Karya Publika

RM29.90

Arman, Suzana, Yusri, Laila dan Chakri Sampron berusaha merungkai
misteri Raja Bersiong. Akibatnya mereka terperangkap oleh penjenayah Kumpulan
Raja Bersiong yang memakai topeng Raja Bersiong Raja Bersiong ialah nama
gelaran bagi seorang Raja negeri Kedah yang berpusat di Lembah Bujang. Negeri
Kedah pada masa itu ialah sebahagian daripada Kerajaan Sriwijaya. Nama sebenar
baginda ialah Raja Ong Maha Perita Deria. Baginda merupakan raja keempat
daripada keturunan Merong Mahawangsa Raja Ong Maha Perita Deria ialah
seorang raja yang zalim dan ditakuti rakyat. Sesiapa sahaja yang melanggar
undang-undang negeri, akan ditangkap dan dipenjarakan atau dibunuh oleh
pengawal atau panglima baginda.

Raja Ong Maha Perita Deria atau Raja Bersiong ini amat gemar
memakan masakan sayur bayam. Pada suatu hari, baginda telah pergi
berburu. Tukang masak baginda seperti biasa telah ditugaskan untuk
memasak sayur bayam. Tukang masak ini suka berangan-angan, tanpa
disedari beliau telah terpotong jarinya sendiri. Darah dari jarinya telah
termasuk ke dalam periuk sayur bayam yang akan dihidangkan kepada
Raja Bersiong. Tukang masak ini telah menyembunyikan hal ini daripada
pengetahuan orang lain kerana tiada masa untuk menggantikan masakan ini
dengan masakan yang lain.

Apabila pulang daripada perburuan, Raja Bersiong terasa amat lapar dan
terus sahaja bersantapkan nasi berlaukkan sayur bayam bercampur darah tadi.
Masakannya terasa amat enak. Baginda telah bertanya kepada tukang masak
tentang hal ini. Tukang masak telah mengaku akan kesalahannya
membiarkan baginda santap masakan yang telah bercampur dengan darah
manusia. Baginda kemudiannya telah menitahkan pengawal memancung dan
membunuh musuh-musuh baginda yang dipenjarakan. Seorang banduan
akan dihukum pancung dan darahnya akan dikumpulkan dalam
bekas dan dimasukkan ke dalam masakan sayur bayam untuk santapan
Raja Bersiong.

Sejak hari itu, Raja Bersiong tidak boleh hidup tanpa menyantap darah
manusia setiap hari, Habis banduan di dalam penjara yang dipancung dan diambil
darahnya. Sesudah penjara baginda kosong, Raja Bersiong menitahkan para
pengawal untuk menculik kanak-kanak yang tidak bersalah. Kanak-kanak ini
dibunuh dan darah mereka diambil untuk disantap oleh Raja Bersiong. Penduduk
negeri berasa sangat marah terhadap baginda, tetapi mereka takut untuk berbuat
apa-apa.

5 in stock

Additional information

Weight 0.35 kg
Dimensions 14 × 3 × 21 cm
Berat

0.35

Format

soft cover

ISBN

9789672394150

Jumlah Halaman

365

Penerbit

Karya Publika

Penulis

Ibnu Ibrahim At-Tawari

Tahun Terbitan

2021