RM29.90
Kutelusuri jejak-jejak sejarah mencari Keris Taming Sari,
bermula dari kerajaan Majapahit sehingga ke kerajaan Melaka.
Kutelusuri Sulatatus Salatin, Sejarah Melayu dan tak lupa Hikayat
Hang Tuah sendiri kerana keris ini milik Laksamana Hang Tuah.
Kutemui juga Sang Kertaksa, Patih Gajah Mada, Seri Betara
Majapahit, Aria Putera di Bukit Pancalusa, Sang Persanta Nala di
Gunung Wirana Pura, Syeikh Mansur di Hulu Melaka, Suraprabhawa
Raja Majapahit, Patih Kerma Wijaya, baginda Sultan Mahmud Shah
dan ramai lagi. Tak kulupakan Tun Mamat kerana beliau pernah
Bersama Hang Tuah sewaktu meminang Puteri Gunung Ledang,
semata-mata untuk mencari jejak-jejak sejarah yang ditinggalkan oleh
Keris Taming Sari yang bagiku begitu misteri
Tidak cukup di situ, aku tandangi candi Borobudur di
Yokyakarta untuk mempastikan apakah keris pernah wujud di
Indonesia. Aku dapati, pada relief di candi Borobudur itu, tepatnya di
sudut bawah bahagian tenggara, gambar beberapa perajurit membawa
senjata tajam yang menyerupai keris. Begitu juga di candi
Prambanan. Di candi Prambanan pula terdapat gambar yang serupa,
terutamanya di candi utama yang disebut sebagai candi Shiva. Di
candi ini juga terdapat relief monyet yang menghunus sejenis belati
mirip keris dan Laksmana sedang bertempur sambil memegang
senjata serupa. Jenis senjata tikam di candi Prambanan itu tidak
berbeza dengan yang ada di candi Borobudur: kedua-duanya
tergolong sebagai jenis ‘Keris Buda’. Dilihat bentuknya, keris itu
berukuran pendek, gemuk dan agak tebal, mirip dengan senjata tikam
yang berkembang di India.
Memang tidak syak lagi, Keris Taming Sari memang berasal
dari Indonesia, milik Taming Sari yang pernah hidup dalam kerajaan
Majapahit suatu ketika dulu. Tetapi keris ini telah dihadiahkan
kepada Hang Tuah oleh Raja Majapahit Suraprabhawa selepas Hang
Tuah berjaya mengalahkan Taming Sari. Setelah banyak jejak sejarah
yang tentunya bersimpang-siur yang kutelusuri, akhirnya aku telah
berjaya juga merungkai Misteri Keris Taming Sari ini…
Selamat membaca!
2 in stock
| Weight | 0.35 kg |
|---|---|
| Dimensions | 14 × 4 × 22 cm |
| Berat | 0.35 |
| Format | soft cover |
| ISBN | 9789672394112 |
| Jumlah Halaman | 412 |
| Penerbit | Karya Publika |
| Penulis | Ibnu Ibrahim At-Tawari |
| Tahun Terbitan | 2020 |