Search

MUNYATUL MUSOLLI – Telaga Biru

RM20.00

Sebuah karya berharga tulisan ulama rantau Nusantara, iaitu Syeikh Daud al-Fathani melalui karangannya, Munyatul Musolli. Kitab ini telah menjadi panduan dan bahan pengajian di banyak kawasan di Rantau Melayu dan diajar di merata tempat.

Membicarakan perkara-perkara asas tentang solat berdasarkan mazhab Imam Syafi‘i. Turut diselitkan dengan perbahasan tanggungjawab pemimpin yang disadur daripada kitab Siraj al-Muluk. Sementara itu, di akhir kitab ini disertakan juga Kitab al-Bahjah al-Mardhiyyah yang membicarakan persoalan perihal imam dan makmum.

Masih mengekalkan tulisan asal pengarang dalam tulisan Jawi sebagai menjaga amanah ilmu serta memartabatkan warisan tulisan yang bernilai ini agar ia kekal diketahui dan diwarisi sepanjang zaman.

Digandingkan dengan edisi pengalihan kepada bahasa Melayu moden supaya lebih mudah difahami oleh generasi baharu. Turut merangkumkan isi kitab dan perbahasan dengan bahasa yang lebih jelas dan mudah dihadam.

Out of stock

Additional information

Weight 0.3 kg
Dimensions 15 × 2 × 22 cm
Berat

0.3

ISBN

9789673882441

Format

soft cover

Penerbit

TELAGA BIRU

Penulis

Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani