Search

MUTIARA ILMU AKIDAH – Galeri Ilmu

RM18.00

MUTIARA ILMU AKIDAH

Buku ini merupakan terjemahan daripada karya
tokoh ulama yang terkenal dari Algeria, Shaykh
Tahir bin Muhammad bin Saleh al-Jaza’irī al-
Dimashqi yang berjudul al-Jawahir al-Kalamiyyah
fi idāḥ al-‘Akidah al-Islamiyyah.
Ia membahaskan
perkara-perkara utama akidah Islam dalam bentuk
soal jawab seperti sifat-sifat wajib, mustahil dan
harus bagi Allah dan para Nabi, hukum orang
Mukmin, orang munafik dan orang kafir, pertanyaan
di dalam kubur, perhitungan amalan, syafa’at, titian
al-Sirat, telaga al-Kauthar, tanda-tanda kiamat,
penyakit ‘ain dan sebagainya. Penjelasan yang
disampaikan juga adalah selari dengan fahaman
Ahli Sunnah Wal Jama’ah al-Asha’irah dan al-
Maturidiah.

DR. AHMAD ARIF ZULKEFLI merupakan Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam
Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UITM) Cawangan Melaka. Beliau
memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam pengkhususan al-Quran & Hadith dari
Universiti Cadi Ayyad, Marrakesh, Ijazah Sarjana dari Universiti Hassan II, Casablanca
dalam bidang Dialog antara Agama dan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Cadi Ayyad,
Marrakesh, Maghribi dalam bidang Akidah & Ulum Syariah. Bidang penulisan beliau
merangkumi akidah, syariah, manuskrip dunia Barat Islam, dan tamadun Islam. Mutiara
Ilmu Akidah adalah karya pertama beliau bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Sem. Malaysia: RM18.0
Sabah/Sarawak: RM20.00
ISBN 978-983-097-943-4
9789830-979434
CHAD

Out of stock

Additional information

Weight 0.35 kg
Dimensions 15 × 3 × 22 cm
Berat

0.35

Format

soft cover

ISBN

9789830979434

Jumlah Halaman

150

Penerbit

Galeri Ilmu

Penulis

Dr. Ahmad Arif Zulkefli, Dr. Ayman Al-Akiti

Tahun Terbitan

2022