Search

NEFERTITI – Penulisan2u

RM27.00

“Kau nak tahu… Baik… Kau dengar sini. Aku buat sebab aku
suka kau! Aku sayang kau. Aku nak kau selamat. Aku tak mahu
ada anggota badan kau yang berkecai dan aku yang kena kutip.
Faham?”-ZIYAD
“Kita sebenarnya berbeza pendirian, Ziyad. Kau dari sebelah
utara, aku dari sebelah selatan. Kau timur, aku barat. Di titik
mana kita nak bertemu? Jadi kau jangan salahkan aku, kalau
ada rasa curiga tu.” – YASMIN
ZIYAD EL ZAMRI terkepung dalam perasaan terhadap Yasmin
Qawlah Azwar. Sayang, dia orang kuat Sorga Nefertiti. Banyak
perkara menjadi halangan. Yasmin menuduh dirinya sebagai
lelaki petualang yang mengkhianati bangsa sendiri.
YASMIN QAWLAH AZWAR dengan perjuangannya, tekad
menghancurkan segala kebatilan dari puak Nefertiti. Ziyad tak
berpeluang menjelaskan kedudukan dirinya sebenar. Yasmin
gadis keras, seteguh karang di lautan, selama ini menjadi dewasa
dalam perlindungan Raid Arjuna. Atau, apakah Yasmin memang
menaruh cinta pada Raid Arjuna? Ziyad tertanya-tanya, namun
jiwanya sering berdoa, akan ada cinta yang bersatu biar mereka
berlainan kutub. Perjuangan itu biarlah takdir yang menunjukkan
kebenarannya.
“Kita semua sedang dalam pencarian. Mencari hakiki yang
abadi. Walaupun kita berbeza laluan, tapi matlamat kita sama.
Kita ni bukan kekal selama-lama di sini. Dunia ni cuma
sebahagian daripada kembara kita sebelum sampai ke
akhirat.”-ZIYAD

2 in stock

Additional information

Weight 0.4 kg
Dimensions 15 × 4 × 22 cm
Berat

0.4

Format

soft cover

ISBN

9789672102731

Jumlah Halaman

634

Penerbit

PENULISAN2U

Penulis

Lily Haslina Nasir

Tahun Terbitan

2018