Search

NOAH TAN – Dear Novels

RM25.00

Noah Tan dipaksa bercuti supaya dapat merehatkan minda. Fizi
dibayar untuk menjaganya. Dah serupa babysitter saja kan!

Memang leceh sebenarnya menjaga Noah Tan yang
mengada-ada dan suka mencari pasal. Tapi sekejap saja,
kerana Noah Tan mula menampakkan perubahan selepas
bertemu dengan budak cef di Moontain Keriang, Lureen.

“Saya tak suka awak panggil saya apek.”
“Tapi saya suka. Lebih-lebih lagi tengok muka sembelit
awak tu.”

Mereka sekepala. Ngam bila bersama. Macam keropok lekor
dan sos. Seperti burger dengan keju. Sentiasa bergandingan.
Hubungan mereka semakin rapat.

Tahap mengada Noah Tan dengan Lureen, memang
menjengkelkan. Selalu buat aniaya dan menyusahkan Lureen.
Tapi, Lureen boleh pula menerimanya dan melayan. Aik, dah
ada sesuatu ke mereka ni?

“I can’t imagine my life without you, Reen.”

Itu kata Noah Tan, tapi boleh pula dia membantu Lureen
memikat hati Zahid yang lebih dikenali sebagai PU Zahid.

“Awak nampak manis. Kalau Zahid tak jatuh hati juga,
awak kahwin dengan saya sajalah.”

Apabila hubungan mula melibatkan soal hati, Noah Tan
menolak cinta Lureen dan mengundur diri. Namun, dia tersedar
yang hatinya milik Lureen. Cinta yang baru tertangguh.
dilancarkan semula oleh Noah Tan sampai berjaya.

5 in stock

Additional information

Weight 0.4 kg
Dimensions 15 × 4 × 22 cm
Berat

0.4

Format

soft cover

ISBN

9789672902119

Jumlah Halaman

560

Penerbit

DEAR NOVELS

Penulis

ANNA MILIA