RM60.00
BAGAIMANA Anwar Ibrahim tidak lelah dan kalah dalam menanti kerusi keramat, jadi perdana menteri, demikian juga dengan MSO tidak pernah lelah dan putus asa menunggu Anwar bertakhta di situ. Wadah menanti Anwar itu ialah menerusi buku-buku dan beribu tulisan berupa ulasan dalam pelbagai media. Dari buku Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti ( 1990 ) sampailah ke Noktah Sebuah Penantian ( 2022 ), MSO tidak berhenti menggarap dan menganalise perjalanan panjang penuh ranjau politik Anwar Ibrahim.
Selepas menegur dan berspekulasi masa depan politik Anwar sebaik menjejak kaki dalam Umno 1982, MSO terus memeriksa pelaluan politik Anwar dan memebelanya apabila dikhianati oleh Dr. Mahathir Mohamad 1998 dengan bukunya ”Sumpah dan Airmata Reformasi Bangsa”. ( 1998 )
Lebih dua dekad MSO membela dan berdoa mengharap Anwar akan jadi PM, dimana ketika orang lain sudah kecewa dengan masa depanya, namun beliau masih kejap bertahan, meyakini Anwar akan muncul jadi PM.
Out of stock
| Weight | 0.4 kg | 
|---|---|
| Dimensions | 15 × 4 × 24 cm | 
| Berat | 0.4 | 
| Format | soft cover | 
| ISBN | 9789672643814 | 
| Penerbit | MSO | 
| Penulis | Mohd Sayuti Omar | 
| Tahun Terbitan | 2023 |